Kematian isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Shashi Tharoor mungkin disebabkan penggunaan dadah berlebihan, kata doktor yang menjalankan bedah siasat, lapor BBC.
Hasil bedah siasat turut menemui kesan kecederaan pada tubuh Sunanda Pushkar namun tidak dipastikan sama ada ia berkaitan dengan kematiannya.
Sementara itu, jurucakap Delhi’s All India Institute of Medical Sciences, Dr Amit Gupta berkata, laporan awal bedah siasat menunjukkan penggunaan dadah berlebihan.
Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan di India melaporkan, laporan bedah siasat itu sudah dihantar kepada majistret.
Mayat Pushkar ditemui oleh suaminya apabila beliau pulang ke hotel selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.
Ia berlaku dua hari selepas Pushkar membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan.
Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.
malu lah tuh menteri
BalasPadam