Sabtu, Januari 25, 2014


Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menyangkal kenyataan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad bahawa Mais diperalatkan pihak tertentu apabila mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas Bible di Damansara Kim, Petaling Jaya, 2 Jan lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam kenyataannya hari ini berkata rampasan itu adalah selaras dengan Enakmen Negeri dan titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

“Mais tidak mengikut telunjuk sesiapa seperti yang didakwa sama ada telunjuk Umno atau pun kerajaan Persekutuan.

“Ini adalah prinsip yang dipegang Mais iaitu untuk mempertahankan agama Islam dan mematuhi titah Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam negeri selaras dengan prinsip undang-undang dan enakmen yang berkuat kuasa di Selangor,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Khalid itu hanya bersandar kepada kepentingan politik semata-mata dan sebagai wakil rakyat beragama Islam, Khalid seharusnya lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mais menggesa Khalid Samad dan individu lain supaya menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum. Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan nanti bersifat fitnah, Mais tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.

Pada November lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat di negeri ini akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

Berikutan itu, pada 2 Jan lalu Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dekat sini dan merampas 351 kitab Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban kerana menggunakan kalimah Allah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tudahan tanpa bukti adalah fitnah. Tak terasa bersalahkah dgn fitnah ?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping