Sabtu, Januari 25, 2014


Dalam keadaan umat Islam masih lagi bertelagah membuat pendirian mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam, kita disampaikan dengan berita sedih ini.

Biar pun Datuk Harun Taib merupakan pemimpin utama dalam PAS, namun pandangan dan pendirian beliau mengenai isu ini tetap SH sanjung tinggi. Beliau Berani Kerana Benar.

Walaupun pendirian yang diberikan jelas tidak selari dengan sebilangan besar pemimpin lain dalam PAS, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mempertahankan kesucian Islam.

SH ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Pendirian beliau mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam ni tetap akan SH pertahankan!!!
Petaling Jaya - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.00 tgh malam tadi semasa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Setakat ini belum diketahui apakah punca beliau meninggal dunia, cuma dilaporkan sebelum ini bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun.

Berita mengenai kematian tersebut turut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

"Allahyarham uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam semalam (Khamis)," katanya kepada mStar Online.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping