Rabu, Januari 01, 2014


Naib Presiden PKR Datuk Dr Mansor Othman menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden parti berkenaan demi menghentikan politik Chablis dalam parti berkenaan.

Perubahan sebegitu secara tidak langsung, menurut Mansor, akan meletakkan PKR di satu tahap di mana Timbalan Presiden Azmin Ali tidak akan mencabar jawatan nombor satu itu.

"Bila beliau (Anwar) duduk di situ (sebagai presiden), Azmin tidak akan lawan beliau...kalau beliau jadi presiden ia (PKR) 100 peratus Anwar, tidak ada lagi Team A dan Team B," katanya dalam temubual ekslusif bersama Antarapos.

Ketika ditemui di Bayan Lepas baru-baru ini, Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang bersetuju jika Anwar menerajui barisan kepimpimpinan sebagai presiden pada pemilihan parti Mac depan. 

Anwar dilantik Ketua Umum PKR menerusi resolusi khas parti itu sejak penubuhannya pada tahun 1999 manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah presiden PKR. 

Bagaimanapun Mansor beranggapan apa jua pendirian Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh akan memberi impak kepada PKR dan juga Pakatan Rakyat.

"Kalau bagi saya, saya suka beliau (Anwar) jadi presiden parti...dalam keadaan ini ada dua perkara, kalau beliau jadi Ketua Umum PKR ia 'above' parti di mana beliau boleh bantu ketiga-tiga parti (komponen Pakatan).

"Berdasarkan rasional itu, lebih baik beliau teruskan (sebagai Ketua Umum) tapi untuk 'dynamism' PKR beliau sebagai presiden memang patut," katanya.

Ura-ura kemungkinan Anwar akan mengambil alih jawatan presiden daripada isterinya timbul selepas dibangkitkan perwakilan semasa Kongres Nasional Khas PKR bulan lalu.

Cadangan itu mendapat sokongan pemimpin utama PKR termasuk Azmin namun Anwar mengatakan masih terlalu awal untuk bercakap soal itu.

Untuk rekod Anwar kini sudah bebas daripada halangan undang-undang dan boleh bergiat aktif dalam politik dengan memegang jawatan presiden parti.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping