Isnin, Januari 20, 2014


Malang sungguh la nasib kakitangan awam yang berada dibawah pemerintahan zalin Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Khalid Ibrahim ni. Senang - senang je diorang kena sembelih.

Jika sebelum ini, kita ada dengar cerita katanya Pengarah JAIS dipecat kerana bertindak tanpa memberi sebarang makluman kepada pihak Rejim mengenai serbuan yang dibuat sebelum ini.

Kali ini tak terkecuali jugak. Katanya Pengarah dan Setiausaha PKNS juga turut dipecat dari jawatan mereka kerana menimbulkan kontroversi pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Wah!!! Mudah betul diorang ambik tindakan ye. Pantang kalau isu tu menyesakkan diorang, terus diorang pecat. Waima tindakan tu mengikut prosedur yang mereka sendiri tetapkan. 

Tindakan tersebut dilihat bukannya dapat menyelesaikan masalah. Sebaliknya ia hanya mengeruhkan lagi keadaan. Ia membuktikan bahawa Khalid tidak Kompeten dalam menjalankan tugas.

Dia jelas tidak mampu nak menyelesaikan masalah yang melanda dengan baik. Maka sebab itu dia ambik jalan mudah dengan memecat kakitangan awam tersebut sesuka hati dia.

Tapi, apa boleh buat. Orang yang kena pecat tu pun tak boleh nak salahkan orang lain. Semua ni salah diorang sendiri jugak. Siapa suruh diorang pilih puak - puak Pakatan Haramjadah tu jadi pemimpin? Itulah balasannya sebab percaya sangat pada puak - puak Pakatan Haramjadah ni!!!
PETALING JAYA – Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berada di tengah-tengah kontroversi pengguguran Mohamed Azmin Ali daripada badan itu digugurkan daripada jawatan masing-masing berkuat-kuasa serta merta.

Menurut sumber tertinggi, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jawatan masing-masing.

Difahamkan langkah itu dibuat berdasarkan arahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berada di bawah tekanan bagi menjelaskan mengenai pengguguran Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.

Abdul Khalid yang sebelum ini menyalahkan PKNS mengenai pengguguran Mohamed Azmin dijadual mengadakan pertemuan dengan kedua-dua individu berkenaan pada Isnin.

Pada Sabtu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping