Selasa, Januari 21, 2014


Apa sebenarnya yang nak dijelaskan oleh Si Khalid Ibrahim ni sebenarnya? Nak kata dia nak menjelaskan mengenai isu pemecatan jawatan Pengerusi dan Setiausaha PKNS tu tak jugak.

Dia hanya menjelaskan yang kedua - dua mereka hanya akan diserapkan sebagai kakitangan di Pejabat SUK. Kerja apa dan tugas apa yang akan diberikan kepada mereka tak pulak dijelaskan.

Malah Si Khalid Ibrahim tu tak de jugak menjelaskan kenapa mereka berdua digugurkan dari jawatan yang mereka sandang pada ketika ini. Sebab apa pulak diorang dipecat?

Kan pelik tu. Nampak sangat la jawapan Si Khalid ni hanya satu helah untuk menutup kemaluan diri dia sendiri. Hakikatnya, Si Khalid Ibrahim ni sendiri telah membuktikan bahawa dia memang TAK KOMPETEN untuk jadi Menteri Besar!!! Baik dia letak jawatan je dari terus memalukan diri sendiri!!!
SHAH ALAM - Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), diarahkan berpindah ke Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor (SUK) bermula hari ini.

Memetik kenyataan media Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tindakan itu diambil bagi memberi laluan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi melakukan siasatan menyeluruh berhubung pemecatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, baru-baru ini.

"Saya telah menyerahkan kuasa siasatan itu kepada Datuk SUK untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja PKNS.

"Surat kuasa itu memboleh Datuk SUK untuk melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang undang," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu dan dibuat selaras dengan mesyuarat Exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang dijadualkan membuat kenyataan media petang tadi bagaimanapun membatalkannya pada saat akhir, sambil menyifatkan tindakan Pengurus Besar PKNS itu dilakukan tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS terbabit kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar, Othman Omar pada 8 Januari lalu.

Keputusan itu dikekal sementara siasatan dalaman itu selesai dijalankan oleh pihak pentadbiran kerajaan negeri.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping