Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas dalam serbuan di pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya, Khamis lalu kerana tindakan tersebut dilakukan mengikut undang-undang.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, tindakan JAIS adalah tepat kerana mereka bertindak atas kuasa yang telah diberikan berdasarkan peruntukan undang-undang dan tidak perlu dipertikaikan.
Tindakan tersebut tepat atas kuasa yang diberikan. Jika JAIS tidak bertindak apalah ertinya kita berada dalam sebuah negara Islam yang jelas di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Tindakan tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang dan kita perlu tegas dalam menanganinya. Seandainya terus dibiarkan pada akhirnya perkara lain yang menjadi pegangan umat Islam pula akan dipertikaikan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, pihak yang mempertikaikan tindakan JAIS boleh disifatkan sebagai melampau kerana cuba mempertikaikan ketetapan dalam Perlembagaan.
Sesiapa sahaja yang diberikan kuasa seperti JAIS atau pihak berkuasa tempatan sekali pun, mereka perlu bertindak. Jika terdapat pihak lain yang mahu mencabar tindakan itu, mereka perlu melakukannya melalui undang-undang juga.
Saya bimbang jika umat Islam tidak bersatu, bersepakat dalam menangani perkara seperti ini, lambat laun kedudukan Malaysia sebagai negara Islam hanya tinggal pada nama.
Jika tidak dihalang, satu ketika nanti mungkin azan pula tidak boleh dikuatkan dan tulisan bahasa Melayu juga dilarang penggunaannya. Semua ini boleh berlaku jika kita tidak bersatu," jelasnya.
Tambah beliau, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya semua pihak perlu mematuhi perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan patuh kepada raja yang menjadi payung dalam tampuk pemerintahan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.