Wah!!! Pelik ni. Mungkin ini adalah salah satu hidayah yang Allah berikan kepada mereka yang selama ini dilihat lalai dalam bab mempertahankan akidah umat Islam.
Sekurang - kurangnya, ada jugak la penyesalan sebelum apa - apa berlaku. Sepatutnya perkara ni dari dulu lagi patut dilakukan supaya isu tu tak terus diperbesarkan.
Sekarang, apa lagi puak - puak penyokong Evangalist macam Si Mujahid Rawa tu nak kata lepas ni? Berani ke dia nak menentang kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz ni secara terang - terangan? Jangan dia malukan diri dia sendiri nanti sudah la!!!
KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Tuhan bagi setiap agama adalah berlainan maka untuk mentafsirkan 'Allah' bagi mentafsirkan God dalam bahasa Melayu adalah tidak berpatutan.Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.Jelas Nik Aziz, Islam dan Kristian mempunyai fahaman berbeza dan Tuhan pada kedua-dua agama adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” ujarnya.Beliau kemudiannya mengulangi pendirian Majlis Syura PAS yang masih berdiri teguh untuk melarang golongan bukan Islam mentafsirkan kalimah Allah mengikut kefahaman agama mereka.Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya.
MUJAHID SERAWA KALAU BERANI LAWANLAH CAKAP ORANG TUA TU.
BalasPadamADA BERANI???
Yg org tua tu pun baru je buat u turn. Baru ni beria dia kata non muslim boleh guna kalimah Allah. Entah entah u turn pulak pas ni. Asik buat u turn je, lama2 terbarai eksiden atas jalan.
BalasPadam