Ahad, Januari 12, 2014


Kunjungan Pengerusi Umno Kelantan yang juga menteri MITI, Mustapa Mohamed ke Rantau Panjang semalam untuk melihat kesan-kesan kebakaran beberapa buah gerai di kawasan pasar besar Rantau Panjang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh banyak pihak. 

Kunjungan itu adalah kesenimbungan kunjungan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub sebelumnya.Kira-kira 60 kedai yang hangus terbakar. 

Kunjungan kedua ketua parti politik Kelantan itu sudah pasti memberi semangat dan membawa harapan baru kepada para peniaga di sekitar pasar itu khasnya, dan kemajuan sekitar bandar Rantau Panjang itu sendiri. 

Semua orang mengharap sesuatu lebih bermakna dapat disumbangkan kepada kemajuan Rantau Panjang dengan dua kunjungan spontan kedua-dua sosok itu.

Ahmad dalam kunjungannya menyatakan simpati kerajaan negeri kepada mangsa terlibat, di mana akan menghulurkan bantuan awal bagi meringankan beban mereka. Ia akan dilakukan selepas senarai mereka terlibat disiapkan. 

Elok kalau pihak ditugas menyediakan senarai ini membuat seteliti yang mampu kerana bimbang nanti mereka yang tidak berhak, menerima sumbangan itu manakala yang benar-benar berhak pula terlepas.

Ini kerana difahamkan, peniaga terlibat itu kebanyakan adalah penyewa bukan tuan pemilik kedai berkenaan. Penyewa itu pula kebanyakan penduduk di negara jiran yang datang tumpang berdagang di negara ini. 

Apakah kerajaan akan menghulurkan bantuan kepada kedua-dua pihak, tuan kedai dan peniaga? Semoga ia dapat diuruskan dengan teratur dan penuh adil.

Tidak diketahui apakah Ahmad ada membayangkan pihak kerajaan akan menambahkan apa-apa prasarana di sekitar pasar itu bagi mengelakkan berlaku kemalangan seperti itu? 

Atau pun mengemukakan apa-apa cadangan bagi membesar dan mempertingkatkan kawalan dari segi keselamatan dalam kemungkinan menghadapi apa-apa bencana. Barang kali ada tetapi tidak diumumkan?

Bagaimana pun dalam hal ini, saya tertarik dengan seruan dikeluarkan Mustapa semasa kunjungan itu seperti mana dilaporkan. Tampak Mustapa lebih komited berbanding dengan Ahmad. Anggaplah juga seruan Mustapa itu, itulah juga bisikan sukma Ahmad Yaakub.

Seru Mustapa demi kelangsungan dan pembangunan untuk rakyat, perbezaan politik yang diamalkan sebelum ini perlu diubah. Kerajaan negeri dan pusat perlu berganding bahu untuk membantu rakyat. 

Seruan seperti itu sudah kerap tetapi apa ditunggui rakyat ialah pelaksanaanya. Ini kerana perbezaan pendapat serta ketajaman emosi, dan berbicara soal-soal titik bengik politik banyak merugikan rakyat Kelantan.

Sehubungan dengan seruan Mustapa itu, ia boleh dijadikan asas kepada persefahaman politik lebih luas dan konprehensif lagi bagi mematang amalan dan budaya politik di Kelantan. 

Sudah tentu kalau kedua-dua pihak mengenepikan perasaan politik, warna ideologi yang berlebihan itu banyak perkara dapat dilakukan. Sudah berdekad rakyat negeri Kelantan berkecamukan dalam politik yang jahil dan tidak menguntungkan. Rakyat dihidu dengan bau syurga atau pun ditampal material berlebihan. - MSO
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping