Ahad, Januari 26, 2014


Kerajaan Negeri Selangor tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak berkuasa agama negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Berhubung disu kalimah Allah, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menjalankan siasatan mengenainya. 

Kerajaan negeri tidak akan campur tangan, bagi mengelakkan siasatan terganggu," katanya di twitter akaun milkinya @Khalid_Ibrahim pada Sabtu.

Siasatan itu masih sedang dijalankan oleh Mais dan Jais selepas sejumlah 300 naskah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban dirampas dari premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari lalu.

Rampasan itu dijalankan di bawah bidang kuasa undang-undang negeri yang melarang penggunaan 25 perkataan dan frasa bahasa Arab oleh orang bukan Islam dalam amalan agama mereka.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyelesaian 10 perkara mengenai isu kalimah Allah, yang antara lain membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk terus menggunakan kalimah Allah dalam versi Melayu dalam kitab mereka kerana ia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri, yang dinyatakan dengan jelas oleh perkara kesembilan dalam penyelesaian itu.

"Ini bermakna jika negeri itu mempunyai enakmen (atas penggunaan kalimah Allah), ia adalah tertakluk kepada enakmen di peringkat negeri itu. 

Negeri yang tak ada enakmen seperti Sabah dan Sarawak, amalan seperti biasa boleh diteruskan dan tiada mana-mana pihak boleh menakutkan-nakutkan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping