Sekarang baru la diorang tau macam mana rasanya bila setiap kali diorang nak cetuskan huru hara dengan perhimpunan yang tak masuk akal selama hari ini. Tau pulak diorang nak meroyan.
Nak pulak orang macam Pakwe Si Tipah Koyak ni. Tau pulak dia nak marah bila orang buat himpunan sedemikian bagi menyatakan bantahan terhadap satu - satu isu.
Tapi bezanya , diorang selama hari ni buat demo untuk membantah mengenai isu yang tak sewajarnya. Sebaliknya, orang lain buat bantahan terhadap kebiadapan sesetengah pihak.
Bagi Pakwe Si Tipah Koyak tu, demo yang dilakukan di Machang Bubuk tu merupakan satu cubaan untuk menghidupkan sentimen perkauman seumpama Tragedi 13 Mei.
Kata dia, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang 'Memeranjatkan'. Terperanjat sebab apa? Sebab selama ini diorang je yang tau buat demo? Dia ingat orang lain tak boleh buat?
Sentimen apa yang dikatakan seumpama dengan 13 Mei tu? Hanya sebab pihak yang berdemo tu bangkit membantah kebiadapan ADUN Machang Bubuk menghina Perdana Menteri? Itu je?
Sepatutnya Pakwe Si Tipah Koyak tu tanya diri dia sendiri. Siapa sebenarnya yang mencetuskan isu tersebut? Adakah wajar tindakan yang dilakukan ADUN Machang Bubuk tu sendiri?
Perlu ke dia bertindak biadap dengan melakukan provokasi menghina Perdana Menteri demi meraih sokongan dan publisiti murahan? Walhal tindakan sedemikian adalah sesuatu yang memalukan!!!
Tak cukup dengan itu, Pakwe Si Tipah Koyak tu jugak turut menyifatkan demonstrasi yang diadakan merupakan satu ancaman jenayah yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis.
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak boleh berdiam diri berhubung isu ini. Polis mesti mengambil tindakan terhadap peserta demonstrasi atas ancaman jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wah!!! Tau pulak demonstrasi tu dianggap sebagai satu ancaman jenayah. Yang selama hari ini diorang buat kerja haramjadah macam tu apa kejadahnya!!! Tak pulak dianggap satu ancaman jenayah.
Sudah - sudah la meludah ke muka sendiri ni. Hanyir bau dia tau. Dah la perangai sendiri pun tak seberapa. Lagi dia ada hati nak kritik orang lain? Sedar la diri sendiri tu dulu!!! Jangan asyik nak mengkritik orang lain je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.