Demikian yang dilaporkan dalam sebuah laman blog Pro Pembangkang mengenai kontroversi sulit diantara Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Katanya, ekoran teguran pedas dan lantang Menteri KBS tu membuatkan beberapa pihak mula kurang senang dengan tindakannya sejak kebelakangan ini yang mula dianggap keterlaluan.
Khabarnya, pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Khairy kerana lantang mengkritik keluarga DiRaja Pahang yang turut ada kaitan dengan FAM.
Beberapa kenyataan yang dikeluarkan Khairy sebelum ini secara tidak lansung telah menyinggung perasaan penduduk di Pahang dan membuatkan mereka terpaksa mengambil tindakan.
Maka dilaporkan petang hari ini, satu kenyataan media akan dibuat oleh beberapa pihak berkaitan dengan kedudukan perkara tersebut. Sama - sama la kita nantikan
Komen SH: Inilah masalahnya dengan diorang ni. Sarang tebuan jugak yang nak dijoloknya. Walhal apa yang dibuat tu tak de mendatangkan faedah sangat pun sebenarnya.
Sekadar nak menghangatkan keadaan, apa gunanya? Adakah ianya boleh menguntungkan rakyat? Atau adakah tindakan sedemikian mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional?
SH bukan tak sokong dengan apa yang nak dilakukan. Kalau nak tegur tu bagus la. Tapi biar kena pada caranya. Ikut resmi orang Melayu, tarik rambut jangan sampai tepung bersepah.
Tinggal lagi, niat nak tegur tu pun biar ikhlas. Tindakan tu biar atas dasar Kebenaran. Jangan pulak ada 'Udang Di Sebalik Batu'.
Nak buat bantahan atau teguran, buat la ikut cara yang sesuai. Dan yang ditegur tu pulak, bawak - bawak la berfikir panjang sikit. Jangan ikut sedap mulut je nak kritik orang lain. Nak kritik pun biar la ada ADAB, jangan jadi BIADAP!!!
#PresidenFAMSilaLetakJawatan
BalasPadammmg patut FAM ditegur...kita dah tukar pemain..kita dah tukar jurulatih..kita dah tukar pegawai..semua kita dah tukar...tp masih tahap tu juga...hanya 1 kita belum tukar...PRESIDEN FAM...apa kata PRESIDEN FAM letak jawatan atau tidak bertanding pada pemilihan akan datang...lg beberapa bulan aje...biar org baru teraju FAM...rebranding FAM...mcm mana berlaku pd Kelantan...Johor...
-SMH-
KJ Pemimpin yg ada potensi, gagah dan berani.
BalasPadamKJ jenis hangat taik ayam...tak ayam lagi hangat
PadamPerkembangan bolasepak tempatan,sekarangpun dah bagus,mungkin musim akan datang lebih bagus lagi.Kalau bertekak perihal jumlah pemian import perlu di pertingkatkan ke 8 orang atau perlu perbagaikan corak permainan yang rata2 menjurus satu sistem sahaja yang memualkan penonton atau meningkatkan kompeten pemain tempatan dari sudut fizikal,tektikal,kecergasan minda,kesihatan dan individual skills tak ape lah,masih di dalam kelompok dunia sukan bolasepak.Kalau setakat perebutan jawatan tanpa menghiraukan prestasi dan masa depan pemain tempatan yang kompeten,maka tak sampai kesudah sehingga ke akhir zaman.
BalasPadamTak kan FAM tu nak dibuat harta sendiri. Tak boleh ditegur langsung. Kalau tak mahu ditegur berundurlah secara terhormat. Banyak alasan boleh diberi, jaga cuculah, nak banyakkan masa pergi surau la, nasihat doktor la dan mcm2 lagi.
BalasPadamTeguran mcm mana lagi mahu. Yang peminat marah ialah semua teguran tak diambil peduli. Betul apa yg dikata diatas tadi. Pemain dan jurulatih dan pun ditukar. Pegawai bila pulak?