Jumaat, Januari 31, 2014


Hahaha!!! Memang lawak la Bang Min ni. Bang Min marah ke bila ada orang kata yang Bang Min ni ada nafsu besar? Bang min terasa terhina tak bila ada orang buat dakwaan macam tu?

Tolong la Bang Min. Sedar la diri tu sikit. Jangan asyik sangat nak mencium bontot Si Ketua Penipu tu sampai maruah diri sendiri Bang Min nak campak ke dalam lubang tandas.

Tak usah la Bang Min nak tuduh Si Faekah tu 'Meracau Di Rumah' kalau Bang Min sendiri pun dok meroyan tak tentu arah disebabkan sifat Gila Kuasa Bang Min dalam diri sendiri.

Hakikatnya, Bang Min sendiri perlu mengakui bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni berlaku disebabkan gejolak nafsu buas yang tak dapat dikawal dalam jiwa Bang Min serta Si Ketua Penipu tu. Itu realitinya. Kalau dasar tak boleh nak terima Kebenaran ni, memang payah la jawabnya!!!
SHAH ALAM: Perang Twitter antara Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Faekah Husin dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali terus berlanjutan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menjadi fokus masing-masing.

Azmin membidas bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim itu kerana dilihat tidak henti-henti mempertikai kewajaran Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di PRK itu.

"Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon @anwaribrahim daripada meracau di rumah. Atau dah tak relevan?," kata Azmin menerusi mesej Twitter sejurus selepas Faekah mengkritik “pihak luar” dan mereka yang “bernafsu besar” sehingga mahu menggugurkan Khalid.

Anwar adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan akan bertanding di DUN Kajang untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) buat kali pertama.
   
"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," kata Faekah dalam akaun Twitter pada 27 Januari lalu.

Faekah turut menyifatkan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai  kemaruk kuasa.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping