Ahad, Januari 05, 2014


Berikut dipaparkan kenyataan yang diluahkan oleh Presiden PAS berkaitan dengan isu penggunaan kalimah Allah yang kembali hangat diperkatakan pada ketika ini:
“Pas berasa sangat dukacita sekiranya isu ini (kalimah ALLAH) diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.

“Isu penggunaan kalimah ALLAH ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nah!!! Sekarang persoalan yang ingin SH bangkitkan. Siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai 'PIHAK BERKENAAN' dalam kenyataan tersebut? Kepada siapa kenyataan tersebut ditujukan?

Siapa yang Hadi Awang dakwa tidak menyantuni isu kalimah Allah ini dengan ilmu Islam yang berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan Al - Qur'an dan As -Sunnah?

Cuba baca kenyataan Si Hadi Awang tu betul - betul. Jangan tersalah pandang pulak dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS tu. Hakikatnya, kenyataan Si Hadi Awang ni serampang dua mata.

Bagi Pencacai Pakatan, sudah tentu mereka akan kata bahawa kenyataan Si Hadi Awang tu sebenarnya ditujukan kepada pihak Kerajaan kerana ingin menutup isu kenaikkan kos sara hidup rakyat.

Tapi dalam realitinya, isu mengenai penggunaan kalimah Allah ini dicetuskan semula oleh puak - puak Evangalist tu sendiri. Diorang yang sengaja menimbulkan semula isu tersebut.

Diorang yang mula - mula membangkitkan isu berkenaan dan sengaja menjadikan ianya satu isu hangat. Maka, tidak salah jika kita kata kenyataan Si Hadi Awang tu merujuk kepada puak - puak Evangalist tu sendiri.

Tapi, apa boleh buat. Inilah kenyataan standard bagi seorang pemimpin PAS terutama sekali bagi Presiden parti itu sendiri. Diorang semua nak 'Play Safe' demi kepentingan diri mereka sendiri.

Tu pasal diorang keluarkan kenyataan sedemikian supaya ianya boleh dirujuk kepada kedua - dua belah pihak. Jika nanti, bila pengikut - pengikut mereka mempersoalkan pendirian parti, senang la diorang nak bagi alasan!!! Jadi, tak payah susah - susah diorang nak berjawab dengan penyokong diorang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. "...perlu disantuni dgn ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yg berteraskan Al Quran dan As Sunnah..."
    Cantik dan mempesona ayat dan bunyinya. Amanat 81 dulu berdasarkan disiplin ilmu yg berteraskan Al Quran dan As Sunnah ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah lebih mengetahui akan maksud tersirat....kita sama2 lh berdoa semoga Allah memberi kan petunjuk kepada kita semua.......

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping