"Berani mau lawan sama Ana? Nanti Ana rejam sama ini kayu!!!"
Nasihat SH buat orang yang ada hasrat nak langgar Si Sam Ketot ni supaya dia berhati - hati. Bukan apa, takut Si Sam Ketot ni menangis dan terus mengadu kat Si Ketua Penipu tu nanti.
Dulu ada jugak orang yang berani cabar Si Sam Ketot tu, tapi tak lepas ke mana jugak beb. Penyudahnya, ketentuan dibuat oleh 'Tangan Ghaib' Si KetuaPenipu tu jugak.
Pemilihan Parti Kecohkan Rakyat ni bukan ambik kira sokongan dari orang lain. Semua ketetapan dibuat oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Kot dia dapat la sokongan satu dunia, kalau Si Ketua Penipu tu tak suka, tak dapat jugak.
Silap hari bulan, orang yang nak cabar Si Sam Ketot tu pulak yang tarik diri disaat - saat akhir. Paling tidak, Si Sam Ketot tu terkencing dalam seluar, malu wo!!! Mana dia nak sorok muka!!! Si Sam Ketot tu nama je 'The Giant Killer' tapi perangai mengalahkan budak kecik!!!
PETALING JAYA: Setiausaha Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amirudin Shari mengumumkan hasrat bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat pada pemilihan parti itu Mei ini.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves itu, keputusannya menawar bertanding bagi jawatan itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada anggota sayap itu daripada seluruh negara."Setelah mendapat kata sepakat dan dorongan teman-teman khususnya anggota AMKN daripada seluruh negara, saya dengan ini menyatakan hasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua AMKN dalam pemilihan PKR pada tahun ini."Semoga hasrat ini terus mendorong cita-cita rakyat untuk melaksanakan agenda reformasi," katanya pada Sabtu.Jawatan Ketua AMK kini disandang oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau menyandang jawatan itu sejak 2007.
Tapi tak lah seteruk Tun Mamak Mahathir ketika menipu dlm Pemilihan UMNO 80an.
BalasPadam