Khamis, Januari 23, 2014


Pergh!!! Lagi kejam dari ISA. Jika dilihat dari satu sudut, memang itulah gambaran yang dapat kita berikan terhadap tindakan Rejim Pakatan Selangor ni terhadap dua pegawai PKNS tu.

Tanpa perlu dibicara dan disiasat dengan cara yang lebih telus, jawatan mereka telah digantung serta merta bagi menyelesaikan kemelut yang melanda pada ketika ini.

Tanpa kita sedari, tindakan itu juga turut tidak dipersetujui oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni. Tinggal lagi, itu semua helah untuk memburuk - burukkan Si Khalid Ibrahim je. Bukannya diorang ikhlas sangat pun.

Jelas, tindakan yang dibuat tu hanya meludah ke langit dan sekarang dah terkena batang hidung mereka sendiri. Itulah bahananya bagi orang yang kuat sangat bercakap tapi kerja satu hapah pun dia tak tau buat!!! Setakat mengabihkan masa je, baik tak payah!!!
SHAH ALAM: PKR Selangor mengecam kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang bertindak memindahkan dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ke bangunan Setaiusaha Kerajaan Negeri (SUK) tanpa sebarang siasatan terlebih dahulu.

Dua pegawai itu adalah Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Eksekutifnya, Norita Mohd Sidek.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata hukuman tanpa bicara itu adalah memalukan dan tidak mewakili PKR yang terkenal dengan slogan memperjuangkan keadilan untuk semua.

"PKR Selangor yang bermesyuarat malam tadi, 20 Januari 2014 mengecam sekeras - kerasnya tindakan kepimpinan kerajaan negeri yang 'menghukum tanpa bicara' apabila mengarahkan pertukaran pegawai PKNS tersebut ke SUK dan menganggap tindakan tersebut sebagai tindakan yang memalukan dan tidak mewakili KEADILAN sebagai sebuah parti yang berprinsip dan demokratik.

"Adalah tidak wajar bagi kepimpinan YAB Dato' Menteri Besar mengambil tindakan terburu - buru untuk menghukum penjawat awam tanpa memberi peluang pembelaan dan sebelum siasatan dilakukan secara menyeluruh," katanya menerusi satu kenyataan media.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping