Rabu, Januari 08, 2014


Mungkin kerana terlalu taksub nak memenangi isu berkaitan dengan penggunaan Kalimah Allah serta rampasan kitab Bible oleh JAIS membuatkan Si Tony Puaka ni tersalah langkah.

Mungkin dia hanya nak menonjolkan diri sebagai Hero dengan menyerang pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta mendesak penjelasan berhubung 'lawatan' mereka ke Persatuan Bible Malaysia sebelum ini.

Maka, dengan songehnya, Si Tony Puaka tu terpaksa menebalkan muka apabila pihak penguatkuasaan MBPJ menjelaskan bahawa lawatan tersebut merupakan rutin biasa.

Tidak dapat dinafikan, dakwaan serta tuduhan terhadap pihak MBPJ ni datangnya dari kalangan puak - puak DAPigs tu sendiri yang mahu mencetuskan polemik Politik terhadap pihak berkuasa.

Maka sebab itulah Si Tony Puaka ni sendiri terpaksa pergi ke MBPJ dan membuat desakan sedemikian. Kalau bukan puak - puak DAPigs tu yang paksa, mana mungkin Si Tony Puaka ni akan serbu MBPJ tu. Jadi, sebab tu la Si Tony Puaka ni terpaksa tebal muka dan mintak maaf!!!
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata lawatan ke sesuatu premis termasuk Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim untuk mengumpul maklumat merupakan prosedur biasa bila berbangkitnya kontroversi.

Merujuk kepada lawatan dua pegawai MBPJ ke premis BSM hari ini, Timbalan Datuk Bandar Puasa Md Taib berkata pegawainya tidak menjalankan tugas penguatkuasaan seperti yang didakwa beberapa pihak.

"Kami hanya mahu mengemaskini rekod MBPJ agar kami dapat memberi maklumat berkenaan bangunan tersebut bila ditanya kerajaan negeri nanti," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat MBPJ petang tadi.

Beliau menambah yang isu bangunan BSM diungkit semalam dalam mesyuarat antara datuk bandar dan ketua jabatan apabila mereka mendapati maklumat berkenaan BSM tidak lengkap.

Oleh itu, beliau berkata dua pegawai ditugaskan oleh pengarah Bahagian Kawalan Bangunan MBPJ untuk mengemaskini maklumat pihak berkuasa tempatan berkenaan BSM.

Bagaimanapun Puasa mengaku bahawa MBPJ sepatutnya memaklumkan BSM terlebih dahulu berikutan keadaan sensitif yang menyelubungi perkara ini.

Dua pegawai MBPJ yang datang ke premis BSM pagi ini tidak dibenarkan masuk kerana tiada notis awal.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping