Khamis, Januari 09, 2014


Kalau orang lain pergi keluar Negara dengan niat yang baik, dah tentu - tentu diorang akan dapat pengiktirafan yang sewajarnya dan dikenali seluruh dunia.

Itulah tuah yang diterima oleh Yuna ni. Dia pergi keluar Negara untuk mengembangkan bakat dia dalam bidang musik. Tak de pulak dia nak memburuk - burukkan Negara sendiri.

Bukan macam Si Ketua Penipu tu. Pergi keluar Negara hanya untuk memburuk - burukkan Negara sendiri apa kejadahnya. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung.

Tu pasal la Si Ketua Penipu tu sampai hari ni tak diterima rakyat sama ada di Malaysia atau pun di dunia. Yang terima pun puak - puak Yahudi sebab boleh jadikan Si Ketua Penipu tu boleh sebagai keldai suruhan diorang!!! Itu je standard Si Ketua Penipu tu sebenarnya!!!
Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tersenarai sebagai 20 artis baharu yang perlu diberi perhatian sepanjang 2014 di Amerika Syarikat oleh laman The Huffington Post pada Selasa.

Yuna, 28, turut menjadi satu-satunya artis dari Asia yang dilihat berpotensi untuk mencipta nama dalam bersama 19 lagi artis lain.

The Huffington Post menyifatkan Yuna berjaya membuktikan bahawa dia adalah bukan sekadar penyanyi tempelan dan mampu menempatkan nama dalam industri muzik di Amerika.

"Jika anda masih belum mempunyai sebarang koleksi muzik daripada Malaysia, biar Yuna menjadi yang pertama. Menampilkan adunan muzik tradisional negaranya dan diadun dengan elemen pop ia memberikan rasa baharu dan menepati selera pendengar," kata laman web itu tentang Yuna.

Antara nama lain yang turut tersenarai adalah seperti Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Knytro, Sam Smith dan Wake Owl.

Dalam pada itu, Yuna dalam satu respons di laman Facebook miliknya berkata, dia sangat berbangga terpilih antara 20 artis dalam senarai tersebut.

Lagu nyanyian Yuna bersama Owl City berjudul Shine Your Way turut mendapat pencalonan awal anugerah Oscar kali ke-86 dan akan bersaing dengan 74 buah lagu lain. Lagu tersebut adalah runut bunyi untuk filem animasi Hollywood berjudul The Croods.
Categories:

1 ulasan:

  1. Sy tgk ada je beberapa youtubers dan artis sokong anwar ibrahim

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping