Rabu, Februari 05, 2014


Sedang asyik PKR desak agar PAS memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka di DUN Kajang, lain pulak ceritanya yang kita dengar di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni.

Dengar kata, Parti Kecohkan Rakyat tu dah boleh mengkafankan diri mereka sendiri dan bersiap sedia untuk dikebumikan tak lama lagi. Kain dan barang kelengkapan semua dah siap sedia.

Nampak sangat la yang PAS sekarang ni dah mula bukak mata dan dapat melihat kerakusan serta ketamakkan kuasa puak - puak Parti Kecohkan Rakyat yang diketuai oleh Si Ketua Penipu tu.

Demi memenuhi nafsu besar Politik berkepentingan diri sendiri, Si Ketua Penipu tu sanggup menganiaya rakyat dan mengkhianati rakan dalam Pakatan tu secara terang - terangan. 

Tu pun belum dapat kuasa memerintah Negara lagi. Kalaua dapat kuasa memerintah Negara, alamat jahanam la jawabnya. Kirim salam la diorang nak merasa berkongsi kuasa dengan PKR. 

Nak berbincang pasal isu di DUN pun diorang dipinggirkan, macam mana nak buat keputusan yang lebih besar dari itu. Jadi, memang patut sangat la PAS singkirkan pengaruh PKR di Kelantan ni awal - awal. Belum apa - apa lagi dah pandai nak mintak jawatan itu ini. Kerja satu hapah pun diorang tak buat!!!
Apa sudah jadi? Malam semalam khabarnya seramai 50 orang dengan berkereta sebanyak 13 buah menyerbu ke rumah MB Ahmad Yaakub di Kubang Batang, Tumpat. 

Mereka adalah ahli-ahli dan penyokong PKR kawasan Jeli yang datang memprotes penarikan balik jawatan Penyelia DUN yang diperuntukan kepada PKR di Dun Kuala Balah, Jeli.

Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu, Ramlan Mat telah dilantik menjadi penyelia Dun kira-kira tujuh bulan lepas, tiba-tiba belum genap setahun perlantikan itu ditarik balik. 

Siapakah dalang disebalik penarikan balik itu? Pas atau pun anggota PKR sendiri yang dengki? Khabarnya perlantikan Ramlan turut disanggah oleh ahli PKR sendiri.

Malang Ahmad Yaakub belum sampai setahun menjadi Menteri Besar sudah dua kali rumahnya diserbu oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk dan keputusan kepimpinanya. 

Katanya, rombongan 50 orang itu datang merayu kepada Ahmad Yaakub agar membatalkan penarikan jawatan penyelia Dun itu.

Keputusan penarikan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini. Mungkin ia sudah pun dikafankan.

Alasan yang mereka berikan kenapa Ramlan perlu diberikan jawatan itu kerana beliau baru memegangnya dan kebetulan pula kalah dalam pilihan raya umum lalu dimana pemberian jawatan itu dianggap standard dan amalan biasa dalam kerajaan Pas. Tetapi standard itu nampaknya berlaku kepada calon Pas sahaja tetapi tidak untuk calon PKR.

Sebagai contohnya calon PKR di Pengkalan Kubur, Saharun Ibrahim tidak dilantik menjadi penyelia atau diberi apa-apa jawatan saguhati walaupun beliau kalah di situ.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. itu di kelantan tp mcmana di kajang.....semua pemimpin pas yg bersuara akan pegang telur masing2 tak lama lgi..klu tak percaya tunggu dan lihat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping