Hah!!! Mana maruah Pemuda - Pemuda PAS bila dah ditenyeh oleh Si Ketua Penipu tu sendiri? Pandangan dan luahan diorang sikit pun tak dipeduli oleh Si Ketua Penipu tu.
Kiranya maruah sendiri pun orang lain dah tak peduli, apa lah gunanya puak - puak Parti Angguk Saja dari kalangan Pemuda tu masih lagi nak menyokong Si Ketua Penipu tu?
Hakikatnya, pandangan dan luahan Pemuda PAS tu adalah demi kebaikkan Pakatan dan perjuangan mereka untuk menjaga Kepentingan Rakyat secara keseluruhannya.
Namun malangnya, Si Ketua Penipu tu tak peduli pun dengan semua benda tu sebab ianya tak mendatangkan sebarang keuntungan Politik kepada dia. Buat menyusahkan dia lagi ada la.
Yang penting bagi Si Ketua Penipu tu bukan pandangan atau luahan yang dilemparkan oleh Pemuda PAS sebelum ini. Apa yang perlu diutamakan ialah kepentingan diri dia sendiri je. Jadi, Pemuda PAS kena la sedar diri. Jangan la meroyan tak tentu arah pulak!!!
KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan bantahan Pemuda PAS terhadap keputusan PKR mengosongkan kerusi Kajang dan spekulasi beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.Anwar menegaskan apa yang penting ialah pendirian bersama yang diambil oleh Pakatan Rakyat bersabit perkara itu dan beliau tidak boleh mengulas bantahan sayap pemuda Pas itu."Kalau ikut prosedur yang kita bincang dalam majlis tertutup Pakatan Rakyat (PR), biasanya saya tak pernah layan oleh begini dan kedudukan saya tak membolehkan saya membuat komen selain dari keputusan kita bersama untuk tumpu pada PRK Kajang," ujarnya kepada pemberita selepas memberi ucapan di Pusat Komuniti DUN Kajang di sini, petang tadi.Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat semalam berkata PRK Kajang membazir dana awam manakala kemelut mengenai jawatan Menteri Besar akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat."Kita khuatir permainan pihak lain yang inginkan ia berpanjangan hingga lupakan kepentingan rakyat Selangor."Kita kesal dengan tindakan itu, membazir masa dan duit rakyat. Ia mendedahkan PR kepada risiko kemerosakan sokongan rakyat," katanya pada sidang media semalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.