Selasa, Februari 11, 2014


Apabila seorang isteri gigih untuk memohon cerai melalui sistem mahkamah, pastinya keinginan untuk bercerai telah sampai ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi. 

Tambahan pula, jika isteri tersebut mempunyai banyak risiko untuk digadaikan. Isteri ini bukan calang-calang isteri tetapi bakal hilang karier politiknya, malah bakal mengganggu gugat perjuangan keluarganya. 

Menurut khabar dan sumber rapat si isteri ini, dia telah merayu dengan baik untuk dilepaskan sebelum anak pertama mereka lagi. Tetapi ego si suami terus mengikat perkahwinan ini. 

Malah selepas dikurniakan anak pertama dan kedua si isteri masih memohon dilepaskan. Kisah ini juga disahkan daripada kawan-kawan sekerja si suami. Benarlah, hati tidak boleh dipaksa.

Apabila si isteri di tuduh dengan pensyarah, si suami tidak melakukan apa-apa tindakan untuk melindunginya. Mungkin kerana saiz suami yang kecil membuatkan keberaniaannya tidak cukup jantan. 

Bagaimana tidaknya, selepas 10 tahun berumah tangga mereka masih duduk di rumah bapa mertua. Kos hidup percuma. Tidak perlu fikirkan bil apa-apa pun. 

Ceritanya, semuanya di tanggung samada oleh si isteri atau pun bapa mertua. Si isteri menggunakan duit sendiri untuk menanggung semua kos membesarkan anak. Suami manapun pasti tidak akan melepaskan isteri dengan faedah sebegini. 

Malah, si isteri banyak ke luar negara urusan kerja, si suami dapat melancung percuma, dapat makan dengan pembesar-pembesar. Manusia mana yang mahu melepaskan nikmat percuma seperti ini? 

Paling sedih dan menyayat hati ada sumber rapat istana bukit segambut mengatakan si suami mengugut si isteri dan berjanji akan memastikan nama isteri tercemar jika tuntutan cerai terus dibuat. 

Malah, si suami khabarnya akan pastikan hak penjagaan anak tidak akan diberikan kepada isteri. Pastilah si isteri takut. Si suami menggunakan kaedah ini untuk memastikan si isteri terus akur dan tetap dalam perkahwinan. 

Si isteri tidak sanggup lagi terperangkap dengan ugutan dan mengorak langkah, mengambil risiko kehilangan karier politik serta risiko kehilangan hak penjagaan anak. Dengar nya ayat dari si suami kepada si isteri, "You file divorce, I will destroy you." Dashat!

Isteri jika sudah sampai ke mahkamah tuntut cerai, jika mereka yang faham agama pasti mengerti bahawa adalah haram bagi suami tidak membenarkannya. 

Mengapa perlu sampai ke mahkamah? Suami sepatutnya memberikan lafaz dengan cara baik, tidak perlukan media dan sensasi serta selesaikan di luar sahaja. 

Cukuplah malukan isteri. Si isteri harapan rakyat untuk negara, berikanlah ketenteraman peribadi kepadanya. Cukuplah seumur hidupnya berjuang untuk bapanya. Masa kamu sudah tamat. Lepaskanlah isteri dengan cara baik. Jangan seksa mentalnya lagi. The Selangor Chronicle
Categories:

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Kalau difikir-fikirkan, apakah semua itu jadi sebagai 'ujian Allah swt' atau 'musibah'?
    Hanya 'orang arif' sahaja yg faham.
    Wallahhua'lam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping