Pelakon Sari Yanti merasakan sudah tiba masanya untuk dia mendalami bidang penerbitan drama memandangkan sudah lama dia berkecimpung dalam industri seni tempatan.
Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 29, berkata, selepas lapan tahun di dalam dunia seni lakonan, dia ingin mengembangkan kariernya dengan menerbitkan pelbagai program televisyen menerusi penubuhan syarikat produksi miliknya iaitu Media Glow Production.
"Sekarang ini, saya masih belajar cara pengurusan produksi terutamanya dalam penerbitan program, drama mahupun telefilem.
"Sebagai langkah pertama, saya dan kawan-kawan sendiri iaitu Intan Ladyana, Tam dan Farish Aziz telah berkongsi menerbitkan telefilem Pengancam Perkahwinan di bawah syarikat saya.
"Alhamdulillah, tak sangka pula saya mendapat respons yang sangat baik sehinggakan ada beberapa pihak stesen televisyen meminta saya menerbitkan telefilem berkonsep remaja seperti telefilem ini," katanya.
Tambah pelakon yang popular dengan drama Kisah Kaisara, Tam ditugaskan menghasilkan skrip memandangkan dia mahir dalam bidang berkenaan selain keupayaannya memberi kelainan dalam sesebuah drama yang diterbitkan.
Sementara itu, ditanya mengenai karier lakonan pula, Sari mengakui dia kini semakin kurang menerima tawaran kerana sibuk menguruskan keluarga selain syarikat produksinya sendiri.
Bagaimanapun, dia tetap akan memastikan lakonannya sentiasa dapat dilihat di televisyen agar para peminat tidak melupakannya selain perlu menjaga reputasi diri sebagai duta produk Jamu Ratu Dara.
"Alhamdulillah, walaupun tidak banyak, saya akan pastikan tawaran lakonan tidak putus. Orang kata, asal ada pun dah cukup.
"Maklumlah apabila sudah berkeluarga, saya perlu utamakan mereka dahulu. Tambah pula sekarang ini saya mula sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir. Mana tahu selepas ini saya nak belajar jadi pengarah pula.
aku suka tgk die ni....muke nampak sweet je..muda er..mcm anak dara..padahal dah kawen...
BalasPadamPut your Link Here : Exchange Link.