Isnin, Februari 10, 2014


PUTRAJAYA - Bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok, Tony Tan pula menyifatkan sebagai seorang Ahli Parlimen yang kurang ajar selepas menerbitkan video yang memecahkan kaum di negara ini.

Beliau berkata, video tersebut bakal mengundang kemarahan masyarakat yang berbilang kaum sekaligus menimbulkan persepsi buruk masyarakat luar terhadap Malaysia.

"Memang kurang ajar YB kerana video tersebut tidak membantu kita untuk menyatukan kaum dalam konteks 1Malaysia. Memang Teresa itu tidak betul punya YB.

"Dalam video tersebut dia mengiklankan Malaysia sebagai negara yang buruk seperti mahu menghancurkan Malaysia. Mana boleh seperti itu kerana kita sekarang ada Tahun Melawat Malaysia," katanya kepada Rakyat News di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen bukti penyelewengan yang dibuat Teresa di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Dalam laporan tersebut, Teresa Kok didakwa terlibat dalam penyelewengan duit bernilai RM427,000 yang merupakan dana DAP. Ianya diketahui apabila Teresa memberikan kenyataan semasa mesyuarat bersama Ahli DAP Seputeh.

Teresa didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar luas melalui laman YouTube sejak Isnin lepas.

Sebelum ini, Teresa didakwa terbabit dalam penerbitan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar luas melalui laman YouTube sejak Isnin lepas.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Kok itu mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa isu semasa termasuk pencerobohan di Lahad Datu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping