Selasa, Februari 11, 2014


Ah!!! Pelik sungguh tengok gelagat manusia zaman sekarang ni ye. Suka sangat diorang ni buat persepsi yang bukan - bukan tanpa sebarang usul periksa yang sah. Main balun je ikut suka hati.

Ada yang nak jadi janda, tapi tak jadi. Bila dia tanya tak nak pulak dijelaskan. Tapi dalam masa yang sama, rekod di mahkamah memang ada. Pun masih nak nafikan jugak.

Ingatkan dunia persepsi ni hanya kena pada golongan ahli Politik je. Rupanya dikalangan artis pun ada jugak ye. Baru dengar cerita kata orang tu nak kahwin, dah macam - macam cerita kita dengar.

Walhal orang tu tak kahwin lagi, dah boleh jadi janda? Heran sungguh. Mana la orang tu dapat cerita gamaknya ye. Kalau setakat 'Google' je dia dah boleh buat cerita macam tu, tak heran sangat la. Orang macam tu memang ada masalah mental!!! Itu je kesimpulannya!!!
KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah bernikah. Saya tidak pernah menjadi isteri ketiga seorang jutawan. Maka dengan rasmi saya juga tidak pernah memegang status janda!."

Itulah luahan hati penyanyi Misha Omar, 32, dalam surat terbuka yang di emelkan kepada pihak media hari ini, sebagai menjawab tuduhan seorang wanita yang memuat naik statusnya dengan mendakwa penyanyi itu pernah berkahwin sebelum ini.

Status itu dimuat naik Ahad lalu, ekoran daripada cerita Misha yang disiarkan dalam akhbar sisipan Pancaindera, akhbar Mingguan Malaysia.

Dalam emelnya itu, Misha mohon si penulis Facebook agar tampil mengemukakan bukti yang dia pernah mendirikan rumah tangga jika sangsi dengan statusnya sebelum ini.

"Apa dosa saya apabila saya ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangan saya, Firos Ezzwan Rosly pada bulan Mei ini, saya dihukum dengan fitnah seperti ini?

"Pasti anda (penulis Facebook) pasti tersenyum bangga sekarang ini apabila status puan menjadi bualan hangat dan saya berharap agar tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga saya," katanya.

Misha yang telah 12 tahun berkecimpung dalam bidang seni berkata, ini adalah fitnah dan tohmahan terbesar yang dilontarkan kepadanya sepanjang bergelar artis.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping