Isnin, Februari 24, 2014


Alamak ai!!! Mana Si Hadi Awang ni nak letak muka dia lepas ni gamaknya ye. Nak sorok mana muka dia yang dah kantoi secara terang - terangan tu. Patut la jarang nampak dia sejak akhir - akhir ni.

Rupanya dia cuba nak lari dari berhadapan dengan Kebenaran bahawa dia telah diperangkap oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu sendiri. Mungkin sebab itulah dia tak nak tunjuk muka dia.

Seperti mana yang diperkatakan semalam, perbalahan dalaman diantara PAS dan PKR ni memang sudah tidak menjadi rahsia dikalangan rakyat Malaysia ni. Ianya dah jadi pengetahuan umum.

Jadi, jangan pelik la sekiranya isu kes saman ni akan dijadikan salah satu propaganda PKR untuk terus menerus mengikat PAS dalam Pakatan Haramjadah tu supaya mereka terus jadi Pak Angguk Saja.

Tapi, puak - puak Parti Angguk Saja tu sendiri pun tak boleh nak salahkan orang lain dalam isu ni. Diorang kena salahkan diri diorang sendiri jugak. Orang lain dah banyak kali pesan. Tapi diorang degil. Nak jugak berkawan dengan setan. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga. Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR hingga menyebabkan  pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping