Sabtu, Februari 08, 2014


Heh!!! Nampak gayanya jalan cerita diorang ni sama tapi keadaan je yang berbeza. Yang sorang tu dapat sokongan dari kepimpinan lain dalam parti dengan niat untuk menggugurkan Khalid.

Tapi Si Husam ni lain pulak ceritanya. Dia masih lagi terhegeh - hegeh mendcari penyokong untuk sama - sama menentang kepimpinan Menteri Besar Kelantan sedia ada hari ini.

Ini bukan kali pertama Si Husam tu buat kerja macam ni. Tapi dah berulang kali dia mengecam kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang baru secara terang - terangan.

Malangnya tak de sapa pun nak sokong dia. Tak de siapa pun dikalangan pemimpin PAS tu yang nak menyebelahi dia dalam usaha dia untuk menjatuhkan MB Kelantan yang baru tu.

Mungkin Si Husam ni kena cari seorang ADUN yang sanggup letak jawatan sepertimana yang dilakukan oleh Si ADUN Kajang yang Sengal tu kot. Baru la dia boleh dapat sokongan.

Hakikatnya, orang macam Si Husam ni memang nampak sangat mengejar jawatan dalam perjuangan. Bila tak de jawatan mula la dia meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal.

Sama jugak la macam Bekas Kadi yang dia nak perjuangkan tu. Kadi tu pun Gila nak kejar jawatan jugak sebenarnya. Jenis manusia tak reti bersyukur memang macam tu.

Kalau jenis orang yang beriman kepada Allah S.W.T, dia tak buat kerja - kerja pandir macam tu beb. Dah tentu dia akan berserah segalanya kepada ketentuan Allah S.W.T juga. Bukannya meroyan tak tentu arah dengan mengadakan protes dan sebagainya!!!
Kota Bharu - Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Semalam, Che Ibrahim dan penyokongnya berhimpun di depan kolej dan menyerahkan kembali cek yang diberi KIAS untuk pampasan sebagai tanda penentangan ke atas pemecatan itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping