Selasa, Februari 18, 2014


Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 11 Mac depan.

Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Nurul Izzah bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya suaminya Raja Ahmad Shahrir hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini bagi mendengar sebutan semula kes tuntutan tersebut.

Raja Ahmad Shahrir tiba berseorangan dengan berpakaian kot kemas kira-kira jam 10.30 pagi dan terus memasuki kamar Mahkamah Rendah Syariah 1. Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli hadir sebagai wakil pihak plaintif.

Kira-kira 15 minit kemudiaan, Raja Ahmad Shahrir bersama peguamnya, Muhamad Nakhaie Ishak keluar daripada kamar selepas mengadakan perbincangan dengan peguam plaintif.

"Kita cuba untuk selesaikan kes ini secara baik, itu sahaja lah," kata peguam, Normawaddah. Apabila ditanya sama ada kes tuntutan tersebut akan digugurkan, Normawaddah berkata ia masih lagi dalam proses.

"Kita masih lagi dalam proses perbincangan dan cuba selesaikan kes ini secara baik. Ia masih dalam proses," katanya lagi.

Normawaddah juga membetulkan laporan sebelum ini mengatakan anak guamnya membuat tuntutan perceraian secara fasakh, sebaliknya tuntutan tersebut dibuat secara baik di bawah Seksyen 47.

"Fasakh adalah perceraian dengan memberikan alasan tertentu, tapi ini adalah cerai secara baik," terang peguamnya lagi membetulkan laporan sebelum ini. Raja Ahmad Shahrir sejurus itu bergegas ke keretanya dan tidak memberikan sebarang komen.

Hari ini adalah sebutan semula kes tuntutan cerai secara baik yang dibuat oleh Nurul Izzah, 34 ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35 di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Anak perempuan sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir yang dipercayai sudah menerima petisyen itu pada 16 Jan, meminta penangguhan dua minggu sebelum ini berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

PS: Hari tu, beria - ia dia nafi kata nak bercerai dengan suami dia. Katanya nak cuba selamatkan perkahwinan dan sebagainya. Sekarang, apa cerita?

Tak kira la sama ada dia buat tuntutan fasakh ke atau nak cerai cara baik ke, sama je. Pokok pangkalnya, hubungan rumah tangga dia sendiri pun dia tak mampu nak tadbir. Macam mana dia nak tadbir Negara kelak? Huru hara jugak la jadinya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sebelum bercerai memang tak baik belaka. Tapi nak bercerai kena cara baik2 lah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping