Isnin, Februari 03, 2014


Memang benarlah seperti mana yang kita sangka selama hari ini bahawa PAS ni memang benar - benar Parti Angguk Saja. Biar apa pun yang orang lain buat, semua tu diorang tak kisah sangat.

Yang diorang pentingkan hanya keuntungan Politik semata - mata. Maka sebab itu diorang sanggup menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan oleh PKR terhadap rakyat di Kajang.

Hari tu diorang beria - ia kecam tindakan yang dilakukan oleh ADUN Kajang yang Sengal tu kerana meletakkan jawatan tanpa sebab musabab yang boleh diterima akal.

Puas diorang mengutuk tindakan PKR yang dilihat hanya mementingkan diri sendiri tanpa membincangkan perkara tersebut terlebih dahulu dengan rakan - rakan lain dalam Pakatan.

Tapi sekarang, diorang pulak boleh kata yang diorang takkan mengkhianati rakan mereka sendiri dalam Pakatan. Dan atas sebab itu, diorang tetap akan sokong PKR.

Nampak tak betapa RETORIKnya puak - puak Parti Angguk Saja tu? Nampak tak betapa jahilnya diorang dalam perjuangan diorang sendiri? Jika itu bukan bukti orang Munafik, apa lagi yang boleh kita katakan? Diorang sendiri yang cari penyakit, nanti suruh diorang tanggung sendiri la!!!
SHAH ALAM - Pas sama sekali tidak akan mengkhianati tahaaluf siyasi (kerjasama politik) dalam PRK Dun Kajang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia kerana tindakan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada Pas.

“Pas tidak akan menghantar calon untuk bertanding PRK Dun Kajang, cukup dengan apa yang dipersetujui bersama.

“PRK Kajang adalah milik PKR dan mereka yang menghantar calonnya,” katanya ringkas kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas menyuarakan ketidakpuasan hati dengan tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Umum parti tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Selain rasa tidak puas hati, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Selangor, Mohd Sany Hamzan  dilaporkan memberi amaran untuk tidak memberi kerjasama di PRK Dun Kajang sekiranya PKR tidak menerangkan dengan jelas sebab PRK tersebut diadakan.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Aduhai!
    Gambar diatas tu gambar asli atau dah diubah suai?
    Kalau gambar asli patutlah PAS tak mampu buat apa-apa dgn DAP dan PKR.
    Mereka sanggup dok jadi tukang pikul jer!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping