Ahad, Februari 16, 2014


“Saya tidak pernah melantik wakil mengutip derma untuk maahad tahfiz,” kata pengasas Maahad Tahfiz Muhammadi Bukit Rangin, Tengku Muhammad Tengku Jaafar, 69 selepas menerima panggilan daripada beberapa penderma.

Katanya, penderma mendakwa, individu itu menyamar sebagai wakil Maahad Tahfiz berkenaan dan memaklumkan berita kebakaran disiarkan dalam Sinar Harian.

Menurutnya, beberapa penderma terbabit menghubunginya pagi semalam dan memaklumkan didatangi ‘wakil’ maahad itu dan meminta mereka memberi derma atau memasukkan ke dalam akuan bank yang diberikan.

“Saya menerima panggilan dari Kuala Lumpur yang bertanyakan mengenai wakil yang saya lantik dan mereka nyaris tertipu membabitkan wang berjumlah RM2,000 ” katanya ketika dihubungi semalam.

Maahad Tahfiz Muhammadiah
Beliau berkata, atas nasihat rakan-rakan, pihaknya akan membuat laporan polis dan menunaikan solat Hajat supaya memberi petunjuk kepada mereka yang berniat jahat mengaut keuntungan di atas musibah yang berlaku ke atas anak yatim dan miskin itu.

Tengku Muhammad memberitahu, pihaknya tidak pernah membabitkan orang ramai mengenai masalah yang berlaku di maahad itu, sebaliknya cuba mengatasinya bersama-sama pengurusan.

“Jika ada yang ragu-ragu dengan sebarang aduan atau wakil pengutip derma membabitkan maahad ini, boleh terus hubungi saya,” katanya. - Pahangku Media

PS: Mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain ni boleh dianggap berdosa. Tapi bagi sesetengah pihak, semua tu halal belaka. Semuanya demi kepentingan diri sendiri, bukannya sebab ikhlas sangat nak membantu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping