Memang sudah tak perlu nak dinafikan lagi. Hanya itulah caranya untuk Si Khalid Ibrahim ni menyelamatkan diri dia dari sebarang persoalan yang dibangkitkan oleh orang sekeliling.
Biar pun penafian demi penafian dibuat secara terang - terangan, namun kenyataan Si Khalid tu seolah - olah tidak dapat diterima pakai. Terutama dikalangan pemimpin PKR sendiri.
Mereka masih lagi menganggap kenyataan Si Khalid tu hanya sekadar omongan kosong semata - mata. Mereka masih mendakwa yang Si Khalid ni ada dendam terhadap Si Azmin secara terang - terangan.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid tu hanya diibaratkan seperti 'Anjing Menyalak Bukit'. Bukit tak runtuh, suara Si Khalid tu je yang semakin hilang.
PERLU DIINGATKAN!!! Si Khalid ni dikritik bukan oleh orang luar. TAPI dia dikritik oleh orang dalam parti dia sendiri. Dia dikritik oleh pemimpin PKR secara terang - terangan.
Maka, mahu tak mahu, Si Khalid tu TERPAKSA menggunakan jalan terakhir iaitu dengan memperalatkan SELCAT agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Itu je cara Si Khalid tu nak bersihkan nama dia. Kalau tidak, memang ke laut la jawabnya!!!
KAJANG : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), apabila dipanggil kelak.Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh berkata jawatankuasa itu akan memanggil Khalid dan Azmin Ali bagi merungkai kemelut pengguguran Pengerusi PKR Selangor itu dari jawatan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Hannah juga berkata pendengaran akan datang itu akan turut membincangkan isu pemecatan serta-merta 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB)."Itu bagus. Seperti yang diminta kalau ada perkara yang mereka fikirkan perlukan penerangan, saya akan beri penerangan di Selcat."Ini bertujuan supaya ada ketelusan di dalam apa yang saya lakukan termasuk syarikat- syarikat dan pentadbiran kerajaan negeri," demikian menurut Khalid yang ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Saujana Impian Kajang, disini, hari ini.Khalid sebelum ini didakwa mendalangi pemecatan Azmin dan 22 kakitangan PHSB, namun beliau menafikan tuduhan itu.Justeru katanya, pendengaran Selcat yang dijadual berlangsung pada 25 dan 26 Mac, ini akan membuktikan ketelusan pentadbirannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.