Ahad, Februari 23, 2014


Pergh!!! Memang respect betul la dengan diorang ni. Ini baru boleh kita kata manusia yang bermaruah. Tau bila dia perlu dan tak perlukan bantuan. Jujur dengan diri sendiri.

Dengar kata seramai 17ribu orang penerima BR1M tulis surat kepada Kementerian Kewangan memaklumkan yang diorang tak perlukan lagi bantuan tersebut. Bukan la bermaksud diorang tak nak bantuan Kerajaan.

Tapi diorang anggap keluarga diorang sudah mencukupi dengan apa yang ada. Bantuan BR1M tu sewajarnya diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Hah! Kan bermaruah tu.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

“BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

“Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.
Ini baru cara gentleman beb. Baru orang boleh respect dengan diorang ni. Tak kira la sama ada diorang ni datang dari parti Politik mana sekali pun, tindakan diorang ni wajar diberi penghormatan.

Jangan pulak jadi macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu kan. Diorang mengutuk Kerajaan bukan main. Siap buat pulak tuduhan yang bukan - bukan. Kata duit BR1M tu rasuah la, Haram la. Macam - macam.

Tapi dalam masa yang masa, diorang la orang pertama yang rembat duit BR1M tu dengan muka tak malunya. Lepas tu, bila kantoi, banyak pulak alasan yang diorang berikan. Boleh pulak diorang kata BR1M ni duit rakyat.

Itulah contohnya manusia yang tak jujur pada diri sendiri. Dengan orang lain dia boleh menipu. Sampaikan diri dia sendiri pun dia nak tipu jugak. Jenis manusia macam ni memang tak perlu dibantu. Kalau dibantu pun, ibarat kita tolong 'Anjing Yang Tersepit' je!!! Penyudahnya, kita pulak yang kena samak!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Alhamdulillah, seramai 17,000 orang rakyat negara bertuah ini tahu diri dan sedar apa erti bantuan dan untuk siapa ia sepatutnya diberikan.
    Kpd yg beragama Islam, itu petanda kalian insan beriman dan tahu erti bersyukur atas rezeki pemberian Allah swt.
    Semoga Allah swt terus memelihara iman kalian dgn hidayahNya. Amin...

    BalasPadam
  2. bantuan.. ape tu bantuan? definasi bantuan? search kt google tak ade... yg ade definasi indonesia... jd aku buat kesimpulan sendiri... (bantu mean tolong)..( tuan mean encik).. jadi bila rangkum kn jd tolong encik.. hahaha
    aku tak heran pon pasal br1m.. <--- belagak.. sebab aku tak dapat(sedeh).. jd pada yg layak tp x nak ambik demi maruah diri keluargay dan masyarakat.. boleh tak iZinkn aku ambil br1m2 korang.... sbb aku memerlukan.. dn bukn sbb aku ni pengikut pas pr or wtf pati yg ada... aku nk amik sebb aku warganegara malaysia..tht it...najib pon x ckp br1m utk bn... huh (tak malu sungguh aku)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping