Kempen Anwar Ibrahim di Kajang kini semakin di perhebatkan.Kalau di bandingkan dengan sebelum ini rasanya Kajang seolah-olah sudah berada dalam gengaman ketua umum PKR dengan segala janji manis dan polemik politik melibat negeri Selangor.
Jika sebelum ini Anwar di lihat lebih suka mendengdangkan alunan untuk memperkasakan kedudukan ekonomi Selangor kini tidak lagi.
Alunan itu tiba-tiba berubah dan Anwar di lihat lebih menumpukan kepada menjawab soal hal yang di timbulkan oleh lawannya.
Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin angkuh atau takut apabila Barisan Nasional meletakkan calon MCA dan bukannya UMNO bertanding di PRK DUN Kajang?
Mungkin betul kenyataan Ketua Pembangkang itu gerakan ‘Langkah Kajang’ atau dipanggil Rafizi Ramli ‘Serampang Kajang’ mengejutkan banyak pihak termasuk BN dan komponennya..
Anwar dalam ceramahnya di Saujana Impian, semalam mendakwa elemen kejutan Langkah Kajang menyebabkan UMNO panik. Kononnya, Tun Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu melawannya.
Sebenarnya, UMNO tidak takut malah pada PRU 13 kerusi yang ditandingi parti itu bertambah daripada 80 kepada 88 kerusi. Sebaliknya kerusi PKR dan PAS merosot kecuali DAP yang semakin kuat dalam pakaan pembangkang.
Bagaimanapun, apabila difikir semula tujuan ‘Langkah Kajang’ hanyalah untuk memastikan langkah Anwar terus ke depan selepas reputasinya meruduk kerana kegagalan menawan Putrajaya pada PRU 13 dan terseret macam-macam penipuan.
Beliau menyangka UMNO akan menetangnya kerana berpendapat mustahil BN akan meletakkan calon bukan Melayu menentang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Mungkin yang panik atau takut, sebenarnya Anwar sendiri.
Beliau mungkin boleh menyerang UMNO dan pemimpin-pemimpinnya jika parti itu yang bertanding tetapi BN tidak semudah itu masuk perangkapnya.
BN bukan sahaja mengekalkan kerusi itu untuk ditandingi MCA tetapi berani menurunkan Naib Presiden parti itu Datin Paduka Chew Mei Fun. Inilah yang mengejutkan Anwar kerana Mei Fun bukan kecil anak dalam politik malah dikenali sebagai pemimpin yang berpegang kepada prinsip!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.