Jumaat, Februari 21, 2014


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini membuat keputusan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan ‘fitnah dan tidak benar’ mengenai tanggungjawab mencegah pencemaran sungai serta empangan.

“Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan YB Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

“Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan media itu dikeluarkan menerusi Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred. Malah kenyataan Rafizi seolah-olah menuduh SYABAS melakukan sabotaj.

“SYABAS seolah-olah membuat serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Antara perkara utama yang dibidas Rafizi ialah tindakan SYABAS yang didakwanya menyalahkan faktor semulajadi termasuk kemarau sebagai punca krisis air di negeri itu sekarang.

Kata Rafizi, alasan SYABAS bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan jika berlakunya hujan tidak boleh diterima.

Rafizi turut memaklumkan mahu membangkitkan perkara itu di sidang Parlimen akan datang selain menggesa SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia.

Rafizi berkata demikian dalam satu sidang media berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi pada 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. KASI SAMAN JER....INI ORANG MACAM MULUT BETINA POT..PET..POT..PET. JANGAN KASI CHANCE INI ORANG. PATUT RENDAM JER INI ORANG DALAM LOJI YANG PENUH AMONIA TU. BIAR DIA RASA AMONIA TU RASA SIRAP KE APA. INILAH SUKU SAKAT MALAUN. SUKA TUNJUK PANDAI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pini ni kalau air sungai surut pun salah syabas

      Padam
    2. si pizi ni kalau air sungai klang surut pun salah syabas

      Padam
  2. Jangan nanti bila dia minta maaf je, saman pun di tarik balik. Maka Syabas lah dengan tindakan itu.

    BalasPadam
  3. hujan dh lama tak turun....,kemarau, sah2 konspirasi UMNO/BN yg jd penyebabnye tuu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping