Ahad, Februari 16, 2014


Memang ada kemungkinan jugak perkara tu berlaku. Tapi, nak ke rakyat di Kajang tu terima Si Zaid ni sebagai wakil rakyat diorang hanya semata - mata atas dasar tersebut?

Jelas Si Zaid ni dalam sidang media dia, kesediaan dia bertanding di Kajang adalah untuk menyelamatkan Si Khalid Ibrahim tu dari dipaksa turun sebagai MB Selangor. Itu je tujuan dia.

Dalam erti kata lainnya, Si Zaid tu berhasrat untuk menghalang Si Ketua Penipu tu dari merampas kerusi Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Khalid Ibrahim.

Hakikatnya, tindakan Si Zaid menyokong Khalid bukan la satu perkara yang menghairankan kita sangat sebenarnya. Sebelum ni pun, Si Zaid ni memang bukan proksi Si Ketua Penipu tu.

Sewaktu dalam PKR dulu pun, Khalid memang duduk dalam kem Zaid yang pada ketika itu bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden menentang Azmin.

Malang la bagi orang PKR sendiri yang selama ini menyokong Khalid kerana tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang berani tampil untuk mempertahankan dia.

Jika kita lihat dari satu sudut, nampak sangat hasrat Si Zaid tu sama dengan apa yang dikehendaki oleh PAS. Soalnya sekarang, nak ke PAS sokong Si Zaid ni atas dasar yang sama?

Sebelum ini, PAS Selangor tegas membuat pendirian menolak dan membantah Si Ketua Penipu tu untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRK Kajang selesai.

PAS bukan sahaja mengecam tindakan yang dilakukan oleh PKR kerana mengosongkan kerusi tersebut tanpa sebarang rundingan dengan pihak mereka terlebih dahulu.

Malah PAS juga menganggap tindakan sedemikian sebagai satu langkah menghina dan mempersendakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bagi kawasan tersebut.

Maka, adalah wajar sekiranya mereka dari kalangan puak - puak PAS tu menyokong Zaid kerana dia mampu menghalang Si Ketua Penipu tu dari memenuhi impian yang penuh bernafsu tu. Takkan la selama - lamanya diorang nak jadi Pak Angguk Saja!!!
KAJANG - Selain mengesahkan keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas di Dun Kajang, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata, penyertaannya dalam PRK itu adalah untuk “mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid" dan Selangor.  

"Keputusan ini telah saya fikirkan semasak-masaknya, atas faktor ingin membela prinsip politik yang sihat, mempertahankan Tan Sri Khalid dan bagi menjamin kesejahteraan Selangor dan seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas di Restoran Satay Kajang Haji Samuri, di sini, hari ini.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Zaid jauh lebih ok dari anwar. Kalau aku orang kajang aku sokong zaid

    BalasPadam
  2. Dah kena dah...dua2 pun sama je..satu spesis.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping