Heh!!! Buat kali pertama dalam hidup Si Ketua Penipu tu dia terpaksa menyerah kalah dan tunduk kepada Kebenaran. Selama hari ini, dia cuba nak mengelakkan diri.
Tapi sejak akhir zaman ni, yang Benar tetap akan ditegakkan biar macam mana cara sekali pun ianya cuba nak dipadamkan oleh Si Ketua Penipu tu. Akhirnya, kantoi jugak dia.
Maka, secara automatik, keghairahan dia nak jejak kaki sebagai Menteri Besar Selangor pun terpaksa dilupakan. IRONIKnya, keputusan hari ini seolah - olah satu Dejavu buat Si Ketua Penipu tu.
Dulu dia didakwa meliwat sewaktu kaki dia hampir melangkah ke Pejabat Perdana Menteri. Kali ini, sekali lagi nafsu besar untuk dia jadi MB terhalang dek kerana dakwaan yang sama.
Siapa yang harus dipersalahkan dalam situasi macam ni? Kalau tanya pada Si Ketua Penipu tu, dah tentu - tentu dia akan salahkan UMNO/BN kerana menggunakan taktik kotor.
Sedangkan orang yang paling utama perlu dipersalahkan ialah Si Karpal Whilchar tu sendiri. Dia yang jadi Ketua Peguam Pembela. Jelas, dia tak dapat menjalankan tugas dia dengan baik.
Atas sebab itu, Si Ketua Penipu tu pun buat pengumuman kata dia tak jadi nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dan tempat dia akan digantikan oleh orang lain.
Hakikatnya, susun atur skrip drama "Kajang Move" ni dah awal - awal lagi dibongkarkan kepada umu. Tapi pencacai - pencacai tegar Pakatan Haramjadah tu tak nak percaya.
Diorang masih lagi anggap ianya percaturan UMNO/BN sedangkan yang letak jawatan sebagai ADUN tu bukan dari Barisan Nasional. Sebaliknya, ADUN PKR yang letak jawatan.
Sekarang kedudukan sama ada Si Ketua Penipu tu boleh bertanding atau pun tidak bergantung kepada keputusan SPR melalui Penasihat Undang - Undang mereka.
Kiranya, Si Ketua Penipu tu perlu bergantung harap kepada SPR untuk menentukan sama ada dia boleh bertanding atau pun tidak dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang nanti.
Kita perlu ingat! Dalam Pilihan Raya Umum ke 12 tempoh hari, ada banduan yang ditahan menang sebagai Ahli Parlimen tau. Jadi, tak mustahil Si Ketua Penipu tu boleh buat benda yang sama.
Cuma persoalannya, adakah Si Ketua Penipu tu sanggup menyerahkan nasib dia kepada SPR yang selama ini dimaki hamun dengan pelbagai tuduhan tu? Kalau dah jenis manusia tak tau malu, apa pun dia sanggup buat demi memenuhi nafsu serakah dia sendiri!!!
Kerusi Permatang Pauh macamana? Tergolek golek Melayu Permatang Pauh nanti menunggu....
BalasPadam