Tak usah la puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak membanggakan diri sangat. Tak semua rakyat yang duduk di DUN Kajang tu menyokong agenda #KajangMove tu.
Diorang menang pun dalam kawasan diorang sendiri. Bukannya diorang berjaya buat 'Rampasan Kawasan' dari Barisan Nasional. Jadi, apa yang nak dibanggakan sangat?
Ini hakikatnya. Bukan la kita nak jadi 'Sore Loser' macam diorang. Tapi realitinya, masih ramai lagi orang Kajang tu yang tak percaya pada agenda yang direncanakan oleh diorang.
Kali ini, bila diorang menang, tak de pulak dakwaan kononnya wujud konspirasi, Pengundi Hantu dari Myanmar, SMS Palsu, kejadian Blackout dan sebagainya timbul.
Tak de pulak orang nak tuduh kononnya ada "Campur Tangan Eksekutif" dalam keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni. Masing - masing ada pandangan sendiri.
Itu membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ni masih cekap dan berintegriti. Bukan la seperti mana yang didakwa oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Apa yang nak diketengahkan hanya satu persoalan. Ke mana hilangnya 28 peratus pengundi DUN Kajang tu? Apa sebab diorang tak keluar menjalankan tanggungjawab mereka?
Adakah masing - masing sibuk bawak anak balik kampung memandangkan semalam merupakan cuti sekolah? Atau adakah diorang sendiri bosan dengan permainan Politik ni?
Bayangkan sekiranya semua 28 peratus pengundi DUN Kajang tu semuanya keluar mengundi. Adakah keputusannya tetap akan sama seperti yang diperolehi semalam?
Dalam keputusan PRU yang lalu, PKR sebelum ini mendapat jumlah undi sebanyak 19, 571 manakala BN pula memperolehi sebanyak 12, 747 undi.
Kali ini, PKR hanya mampu meraih sebanyak 16, 741 manakala BN memperolehi 11, 362 undi dan menjadikan majoriti sebanyak 5, 379 undi sahaja bagi melayakkan PKR menang.
Perbezaannya, PKR hilang sebanyak 2830 penyokong mereka dan BN pulak hilang undi sebanyak 1385 undi. Apa sebabnya PKR hilang undi sebanyak itu?
Jelas, tindakan PKR yang mengkhianati kepercayaan rakyat Kajang telah membuatkan sejumlah besar penduduk dikawasan tersebut mula hilang minat terhadap Politik.
Ianya telah membuatkan mereka mengambil sikap tidak peduli terhadap perkembangan Politik semasa. Mungkin ianya sebab mereka bosan dengan Politiking terlampau.
Mana tidaknya. Puak - puak Pakatan Haramjadah tu buat rakyat ni macam bola sepak. Mudah untuk ditendang ke sana dan ke mari sesuka hati diorang je. Dah la setakat jual simpati. Nak harap pulak rakyat bagi undi? Mimpi je la!!!
Jadi puak berkenaan tak payah la buat Perhimpunan Bersih 4.0 ke atau ganggu perhimpunan kerajaan pada 1 Mei nanti..sebab korang dah nampak sendiri kan tak ade yang salahnya pada SPR. Kalau korang nak buat jugak..memang korang dari golongan yang bingai.
BalasPadam