Berakhir sudah saingan kejuaraan All England dengan menyaksikan pemain perseorangan Negara, Datuk Lee Chong Wei menggondol kejuaraan menewaskan Chen Long dari China.
Biar pun beliau terpaksa berusaha keras untuk melangkah ke peringkat akhir dalam saringan sebelum ini, namun semuanya telah membuahkan hasil.
Chong Wei mendahului Chen Long dalam set pertama dengan kelebihan 21 - 13 meneruskan saingan di set kedua dengan meraih mata sebanyak 21 - 18.
Kemenangan Chong Wei sekali gus menjadikan kejuaraan All England Ketiga Peibadi buat beliau setelah menumpaskan Chen Long selaku juara bertahan.
Chong Wei merangkul kejuaraan All England pada 2010 dan 2011 kemudian Lin Dan dari China merampas kejuaraan itu pada 2012. Disusuli pula oleh Chen Long pada tahun 2013.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.