Pengarah filem Eyra Rahman tidak pernah menganggap Nora Danish sebagai aktres kesayangannya seperti yang didakwa sesetengah pihak memandangkan sering memilih pelakon itu setiap kali menghasilkan filem.
Antara karya-karya Eyra melibatkan Nora termasuklah filem Dua kalimah, Pengantin Malam, Bencinta, Aku Terima Nikahnya dan terbaharu adalah Gudang Kubur.
Eyra berkata, dia juga tidak pernah menganggap Nora sebagai 'anak emas' namun merasakan pelakon itu cukup serasi apabila bekerjasama dengan filem-filem arahannya.
"Bagi saya, Nora adalah antara pelakon yang matang. Bukan itu sahaja, daripada segi komitmen, pemahaman dan penyampaiannya membuatkan saya cukup senang bekerja dengannya.
"Sebab itu saya selalu pilih dia berlakon. Bukan kerana dia adalah 'anak emas' saya tetapi kami saling memahami apa yang diinginkan dalam kerja masing-masing," katanya pada majlis doa selamat filem Gudang Kubur di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada Jumaat.
Antara pelakon yang turut hadir pada majlis ietu termasuklah Faizal Hussein, Atikah Suhaimie, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Along Ezyendy dan Pablo Amirul. Bagaimanapun, Nora sebagai pelakon utamanya tidak dapat hadir ke majlis tersebut
Sementara itu, Filem Gudang Kubur akan memulakan penggambaran bermula 25 Mac ini di sekitar kawasan ibu kota. Kata Eyra filem ini akan memberi sedikit cabaran buatnya memandangkan dia kini sedang hamil lapan bulan.
"Saya sudah mendapat pengesahan doktor untuk menjalani penggambaran dan diharap penggambaran ini berjalan dengan lancar.
"Lagipun mujurlah kru yang akan terlibat faham dengan apa yang saya nak apabila berada di lokasi, itu pun sudah menyenangkan kerja saya," ujarnya.
Gudang Kubur mengisahkan tentang Anwar (Faizal Hussein) yang membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya. Isteri Anwar, Zarra (Nora) turut membantu menguruskan perniagaan tersebut.
Pada mulanya, perniagaan Anwar berjalan dengan lancar malah dia dan Zarra turut bahagia sehinggalah apabila mereka mengalami gangguan makhluk halus.
PS: Pintu Pusat Daerah Mengundi dah dibuka untuk PRK Kajang hari ni. Siapa yang akan dipilih menjadi wakil rakyat kawasan tersebut?
Itu terpulang la kepada kebijaksanaan pengundi di Kajang sendiri. Jangan nanti diorang jugak yang menyesal tak sudah jadi la!!! Pilih la pemimpin yang mampu membantu, bukan yang suka menyusahkan orang!!!
Cucu ucop isle al qadawi telepon suruh penipu bersumpah d depani spinex piramid. Sunway piramid.
BalasPadam