Ahad, Mac 23, 2014

Meh Sini, Biar Gua Tembak Dia Bro!!! 
Seperti yang telah kita maklumkan berpuluh - puluh ribu kali, Si Tian Chuak ni memang suka buat kecoh tak tentu arah. Dia ni bercakap main ikut sedap mulut dia je.

Hari tu dah elok - elok dah dia kena saman sebab mengaitkan UMNO dalam isu pencerobohan di Lahad Datu. Kata dia, pencerobohan tu semuanya 'sandiwara' UMNO.

Tapi akhirnya, saman yang dibuat terhadap Si Tian Chuak tu telah ditarik balik atas sebab - sebab yang sampai hari ni pun kita tak pasti. Kes tu tamat macam tu je tanpa penyelesaian.

Kali ini, Si Tian Chuak tu sekali lagi memaparkan keBIADAPan dia dengan membuat hasutan sesuka hati untuk menggulingkan Kerajaan dalam tempoh 5 bulan akan datang.

Adakah kali ini juga dia akan dilepaskan tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya? Atau adakah kali ini dia akan terkantoi dengan keBIADAPan dia sendiri? Itu terpulang la kepada pihak yang nak ambik tindakan. Orang macam Si Tian Chuak ni tak patut diberi muka!!!
KAJANG: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Anggota Parlimen Batu, Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung keputusan mahkamah bagi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam akaun Twitternya pada 7 Mac lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima laporan polis semalam.

"Siasatan telah dibuka," katanya kepada pemberita selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari.

Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua mendakwa hukuman terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung kes liwat telah dijatuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan.

Semalam, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, terhadap dakwaan Tian Chua itu yang disifatkan amat tidak wajar.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Kononnya puak kurang hajar pembangkang tu sangat berani kerana mereka menggunakan wang ringgit 'menutup mulut' pihak tertentu berkaitan kes hasutan dan fitnah. Waiman apa jua kes yg membabitkan kumpulan mereka.

    Cuma apabila berdepan dgn Shafee Abdullah saja mereka cuak kerana si polan tu tak mampan dgn sogokan.
    Itu sebab dlm kes terbaru membabitkan TS Shafee, beliau sangat tidak disenangi dan sehabis ikhtiar cuba diketepikan. Apabila tak berhasil maka kantoilah si peliwat tegar berkenaan.

    Kisah bagaimana ratusan juta digunakan untuk tujuan itu pernah tersiar dan didedahkan oleh bekas peguam yg membela Anwar dulu, tapi kini dah sedar dan meninggalkan kelompok durjana itu.
    Wallahhua'lam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping