Halamak ai!!! Ingatkan kat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni tak de la timbul cerita pasal kes godam mengodam dan sms palsu tersebar dari telefon bimbit puak - puak Pakatan ni.
Tapi nampak sangat la yang diorang ni dah ketandusan idea untuk meraih simpati sampai terpaksa mengulang semula skrip lapuk yang serupa untuk mempengaruhi rakyat.
Kalau masa di DUN Sungai Limau tempoh hari, bukan sekali kes telefon digodam ni menjadi perhatian puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Tapi dilaporkan sebanyak dua kali!!! (Klik Sini dan Sini)
Kali ini di DUN Kajang, telefon bimbit kepunyaan Si Nurul Izzah tu pulak yang dilaporkan telah digodam oleh mereka yang tak bertanggungjawab bagi tujuan sabotaj.
Katanya, telefon bimbit milik Si Nurul Izzah tu digodam oleh orang yang BELUM DIKENAL PASTI untuk SEBAR MAKLUMAT YANG TIDAK DIKETAHUI.
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa talian telefon beliau digodam pihak tertentu sejak beberapa hari lalu.
Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, penggodam tersebut menggunakan talian Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen kawasan itu untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tidak diketahui kandungannya.
Heh! Nampak sangat la puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang sengaja nak mengelirukan rakyat dengan membuat dakwaan sedemikian. Sekadar nak cetuskan provokasi je kerjanya.
Apa gamaknya isi kandungan mesej yang dihantar dek Si Penggodam tu ye? Adakah ianya berkaitan dengan PRK Kajang? Atau berkaitan dengan konflik kepimpinan PKR Selangor?
Kalau setakat itu yang nak dihebahkan kepada orang ramai, baik tak payah. Yang itu satu dunia pun dah tau. Jadi, buat apa nak dihebohkan benda yang orang dah tau?
Yang paling menghairankan kita ialah kenapa perkara tersebut tidak dilaporkan kepada pihak Polis sebaliknya diorang hanya buat penafian kosong semata - mata? Kan nampak sangat kantoinya diorang ni. Kalau sekadar nak menipu orang, baik tak payah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.