Jumaat, April 18, 2014


Jangan dipedulikan sangat dengan diorang ni. Dah banyak kali dah diorang diberi peluang. Jadi, untuk apa lagi kita nak peduli apa yang diorang nak cakap?

Lagi pun, yang nak laksana Hudud ni di Negeri Kelantan. Yang buat tuntutan tu Rejim PAS Kelantan. Kat Kelantan, diorang wujud pun tidak. Jadi, tak payah la mengada nak bantah.

Kalau ada kat dalam Parlimen pun, diorang bukan boleh buat apa pun. Serupa macam tak de je. Baik diorang tumpukan perhatian untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina kepada BN. Setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR - Empat parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini sebulat suara menegaskan bantahan mereka terhadap rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Dalam sidang media bersama di Wisma MCA di sini, pemimpin keempat-empat parti itu berkata langkah tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan menjejaskan masa depan negara.

Mereka mengingatkan langkah itu jika diluluskan, akan mendorong Pas menuntut pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan hudud di peringkat negara.   

"Jika sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang jenayah, ia akan mencetuskan kekalutan (imbroglio) perlembagaan. Ringkasnya, tidak boleh berpatah balik lagi," kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika membaca kenyataan bersama mengenai isu itu.

Turut hadir ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini mengumumkan Pas Kelantan akan membawa usul di Parlimen, seawal-awalnya Jun ini, bagi memohon kebenaran melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.


Walaupun hanya mempunyai sembilan wakil di Parlimen (MCA tujuh dan masing-masing seorang daripada Gerakan dan SUPP), pemimpin keempat-empat parti itu berkata mereka akan melakukan segala yang terdaya bagi menghalang perkara berkenaan.  

5 ulasan:

  1. betul tu.... jangan pedulikan suara minoriti dalam BN ini.... mereka tidak tolong langsung untuk kembalikan undi cina kepada BN... undi cina adalah undi DAP... kalu mereka keluar dari BN pun tak akan ubah landscape PRU akan datang... MCA/Gerakan adalah musuh dalam selimut... Tengok akhbar STAR pun dah tahu corak berita dia camner... kalu Najib bijak, dia akan luluskan Hudud di Kelantan...

    BalasPadam
  2. Kita betul2 teruja dengan hudud di Kelantan. Ramai sokong tapi nampak macam sokong nak kenakan Kelantan ja. Apasal Kelantan ? Pegilah ke Kelantan minta pinjam draf tersebut dan bentangkan sama di negeri di bawah Barisan.

    Kat Perak ke. Atau Pahang ke. Kita tengok pemimpin2 Melayu sejati kat situ sokong tak. Itupun kalau mereka tak terlibat dengan hukuman hudud tu la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan kena faham. Apa yang Rejim PAS Kelantan mintak ialah Kebenaran untuk meminda Rang Undang - Undang Syariah bagi kesalahan yang berkaitan dengan Hudud. Draf pun masih belum siap. Sebab itu diorang masih tubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan perlembagaan tersebut.

      Jadi nak pinjam macam mana kalau draf tu pun diorang tak de. Inikan pulak kalau nak dilaksana!!!

      Padam
  3. Ore kelantan kuat menipu,apa pulak nak kenakan kelantan, buat la hudud kat kelantan cakap banyak pulak kau tak buat kasi bala negeri.

    BalasPadam
  4. bukan ker selama ini pas cakap kerajaan pusat x bagi luluskan undang2 hudud kat kelantan jadi wajiblah kelantan dulu yang buat memandangkan mereka telah lama bersedia.saya harap lepas ni jangan lagi isu hudud ini dijadikan bahan kempen politik terutama pada pru 14 nanti..cuma saya kuatir rakyat kelantan akan lebih ramai yg berhijrah lepas ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping