Jumaat, April 18, 2014


Suami kepada Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah melantik anggota keluarga terdekat sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, memaklumkan kepada Hakim Syarie Ab Malek Awang bahawa pihaknya telah melantik Mohd Fauzi Mustaffa, 45, yang merupakan saudara terdekat kepada suami Nurul Izzah sebagai wakil JKP dalam kes itu.

Bagaimanapun, Mohd Fauzi tidak hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini ketika kes itu disebut hari ini kerana berada di Labuan.

“Pada awalnya, pihak kami bercadang untuk melantik abang kepada Raja Ahmad Shahrir, bagaimanapun beliau kini tinggal di luar negara yang memerlukan kos dan komitmen untuk menghadiri prosiding di mahkamah,” katanya.

Pada 1 April lalu, Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli melantik Rosli Ibrahim yang merupakan bapa saudaranya sebagai wakil JKP itu.

Pasangan tersebut tidak hadir ke mahkamah hari ini. Mahkamah kemudian menetapkan 12 Jun ini untuk kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP berkenaan.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari yang lalu.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Hey I knοw thbis is off toppic but I wass wondering if yoս knew
    of anү widgets I could addd tօ mƴ blog tha automatically tweet my ոewest twitter updates.
    Ӏ've been lߋoking fоr a plug-іn liкe thiѕ for quote ѕome time
    aոd was hoping maybe you woulԁ haѵe some ezperience with somеthing like thiѕ.
    Ƥlease let mе knw if yօu run іnto anything. I trսly enjoy reading ʏouг blog anԁ I looк forward to our ոew updates.


    Review mmy web site - diets that work

    BalasPadam
  2. dah mengeletik sangat tu ....
    bagi la dari dia buat benda tak tentu arah .... rugi ooooooooooo

    BalasPadam
  3. saya tetap sokong awak walau ape pn terjadi ....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping