Kalau sekali baca tajuk tu memang kita sendiri pun rasa pelik. Tapi itulah hakikatnya. Punya la kemaruknya diorang ni akhirnya terhadap parti sendiri pun diorang nak berdemo jugak.
Itulah bahananya kalau dalam kepala diorang ni penuh dengan sampah. Penyudahnya, sampah jugak la yang diorang akan dapat. Dan itulah didikan yang diberikan oleh PKR.
Bayangkan. Punya kroniknya kemelut kepimpinan dalam Parti Kecohkan Rakyat tu sampai tahap ahli parti terpaksa bertindak membuat demo terhadap perti sendiri.
Katanya ada segelintir ahli PKR merancang untuk mengadakan demonstrasi dihadapan Ibupejabat PKR bagi membantah penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan kali ini.
Kalau dari satu sudut, diorang cuba nak memaparkan KONONnya parti diorang terbuka dan mudah terima kritikan. Tak de la macam sesetengah pihak lain.
Bila diorang buat demo, parti akan menerima pandangan yang dinyatakan dan ambik peduli dengan tindakan yang diorang buat. Itu sebenarnya yang cuba diorang pamerkan.
Tapi realitinya, tindakan tersebut membuktikan bahawa dikalangan Parti Kecohkan Rakyat tu tak wujud pun apa yang digelar sebagai 'Demokrasi'. Yang ada hanya 'Demonstrasi' je.
Bagi orang yang bertamadun, kalau nak selesaikan apa saja masalah yang timbul, mereka cuma perlu duduk semeja dan bermuzakarah secara terbuka.
Bukannya berdemo atas jalan raya tak tentu arah dan mengharapkan orang lain dengar pandangan mereka. Itu suruh beruk kat dalam hutan pun diorang reti buat.
Dan ianya membuktikan bahawa pemimpin PKR tu pun tak mendengar aduan yang dibuat oleh orang bawahan. Kalau tidak, kenapa sampai tahap perlu buat demonstrasi?
Kesimpulannya, dasar perjuangan PKR ni sebenarnya tidak berteraskan kepada 'Demokrasi' tu sendiri. Demokrasi tu hanya wujud dimulut para pemimpin diorang je.
Tapi dalam realitinya, semua tu hanya sekadar omongan kosong belaka!!! Hakikatnya diorang berjuang demi kepentingan peribadi. Bukannya diorang peduli sangat pun apa yang orang bawah nak kata!!!
Macai pee arr memey bodoh.banyak minum air ketum gamaknyer..
BalasPadamDemonstrasi tdk ada dlm Islam.
BalasPadam