Selasa, April 29, 2014


Haduhai!!! Entah apa la nak jadi zaman sekarang ni gamaknya. Bab kahwin ni dah jadi macam benda main - main pulak dah gayanya. Walhal baru sangat diorang ni kahwin.

Tup-tup keluar berita kata diorang ni dah sah bercerai berai. Apa cerita ni? Bab bercerai berai ni pun dah jadi benda main - main jugak ke? Suka - suka kahwin, suka - suka ceria?

Kalau tengok pada gayanya masa akad nikah tempoh hari bukan main Islamik. Tapi kesudahannya cukup memalukan. Tak sampai setahun pun mendirikan rumah tangga.

Kalau baca cerita dalam media sebelum ni pun boleh tahan jugak. Sampai tahap boleh keluar kenyataan katanya Si Lelaki tu selalu nampak Si Pompuan dalam solat dia.


Memang betul la soal jodoh pertemuan, ajal dan maut tu semuanya ketentuan Allah S.W.T. Tapi dalam bab ni, pemahaman tu yang lebih penting. Allah ada Kuasa, manusia ada asa.

Jadi, kenapa mudah sangat diorang nak berputus asa dan tak cuba mengharungi dugaan serta ujian dalam mencari keredhaan Allah S.W.T? Itu persoalan yang perlu dijelaskan.

Apa sebab diorang bercerai? Sebab takdir. Itu je la alasan yang diorang dapat berikan. Padahal masing - masing GAGAL nak memahami konsep rumah tangga tu sendiri.

Maka mungkin sebab itulah yang boleh mendorong diorang ni bercerai berai biar pun tak sampai setahun bergelar suami isteri. Konsep perkahwinan tu pun diorang masih tak faham. Kalau diorang faham, tak de la senang - senang je diorang nak bercerai tak tentu pasal!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping