Khamis, April 17, 2014


Siapa sangka yang Si Ketua Penipu tu sendiri pun boleh jadi tak tentu arah bila UMNO sebulat suara menyokong PAS melaksanakan Hudud di Kelantan.

Macam orang hilang akal, Si Ketua Penipu tu mula menyerang Barisan Nasional dan menuduh kononnya Barisan Nasional ni parti yang tidak berpendirian.

Hakikatnya, parti yang dia ketuai sendiri pun tak menyokong perlaksanaan Hukum Hudud tu. Jadi, kenapa pulak dia nak meroyan dan menuduh BN benda yang bukan - bukan?

Isunya, dia sendiri perlu menjelaskan pendirian dia sendiri. Adakah dia menyokong atau pun menentang perlaksanaan Hukum tersebut? Itu persoalan yang perlu dia jawab.

Dia sendiri perlu jelaskan kepada rakyat sama ada dia setuju atau tidak dengan PAS untuk melaksanakan hukum tersebut di Kelantan. Tak perlu la dia nak salahkan orang lain.

Dari satu sudut, Si Ketua Penipu tu sendiri pun takut dengan perlaksanaan Hukum Hudud ni. Kalau Hukum Hudud tu dilaksanakan, memang masak la dia kena.

Isu pasal pendedahan video seks diantara dia dengan Si Chinadoll sebelum ni pun masih belum lagi menemui jalan penyelesaian. Itu pun kalau kantoi, memang sakit la dia.

Bab zina diantara orang yang dah kahwin dengan orang yang belum kahwin ni berat hukumannya. Nak pulak kalau ianya melibatkan orang Islam.

Tu belum kita cerita bab liwat yang dah memang terang - terang diputuskan oleh mahkamah pada tahun 2002 yang lalu. Pun berat jugak hukumannya.

Jadi, tak heran la kenapa Si Ketua Penipu tu bermati - matian menentang perlaksanaan Hukum Hudud dan membuat tuduhan kononnya BN tak mampu untuk melaksanakannya.

Percaya la! Bila tiba hari pembentangan Rang Undang - Undang berkaitan dengan Hukum Hudud tu diperdengarkan di sidang Parlimen, Si Ketua Penipu tu takkan hadir.

Kalau dia hadir pun hanya sekadar untuk meneruskan dakwaan serta tuduhan yang bukan - bukan terhadap Barisan Nasional. Tapi bila tiba bab mengundi nanti, dia pun hilang. Masa tu kita boleh tengok la siapa yang sokong dan siapa yang tidak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Salam 1Malaysia,
    Hukum Hudud adalah hukum Allah swt.
    Kalau Anwar beragama Islam kenapa dia tak nak sokong?
    Soal pelaksanaan hukum soal lain.
    Yg penting dalam isu ini ialah sokongan umat Islam terhadap hukum tersebut.
    Yg dinanti-nantikan ialah pendirian Nuor dlam isu ini.
    Kalau tak sokong, tidak lerrr.
    Macam mendiang Karpal, sampai ke akhir hayatnya dia tak sokong.
    Itulah pendiriannya.
    Yg Nuor konar sana sini dan tuduh BN tak mampu laksanakan, apa hal.
    Rakyat nak tengok apa pendirian dia nanti.
    Itu ajerrr!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping