Ahad, April 13, 2014


Sepasang suami isteri dari Taman Temerloh Makmur, dekat sini merayu anak gadisnya pulang selepas tiga minggu keluar rumah dipercayai mengikut seorang tomboi.

Abd Razak Wahab 50, berkata, anak gadisnya seolah-olah dipukau dan mengikut sahaja kemahuan tomboi itu termasuklah menyerahkan rantai emas dan barangan peribadinya sepanjang setahun mengenali tomboi itu.

Menurutnya, sebelum ini anak gadisnya, Nor Haleeda 22, adalah seorang anak yang mendengar kata tetapi semua itu berubah sejak dia mengenali tomboi terbabit.

“Saya bimbang anak gadis saya diperdagangkan pihak tertentu dan merayu sesiapa sahaja yang menjumpainya supaya dapat menghantarnya pulang kerana kami sekeluarga sangat merinduinya.

“Saya juga merayu dengan pihak berkuasa menyiasat dan mencari ke mana hilangnya anak gadis saya ini,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Sementara itu ibu gadis terbabit Zainon Muda, 43, berkata, dia dan suami melakukan pelbagai ikhtiar untuk membawa pulang anak gadisnya termasuk bertemu dengan seorang ustaz pengamal perubatan Islam.

Menurutnya, kali pertama anak gadisnya mengikut tomboi itu dan tidak pulang ke rumah selama lapan bulan sebelum berjaya dibawa pulang dan dihantar berubat.

“Dia hanya sempat tinggal semula dengan kami hanya dalam tempoh sebulan, selepas berubat nampak ada perubahan dan dia kembali ke pangkuan keluarga, tetapi pada satu malam tomboi itu datang ke rumah ikut pintu belakang dan bawa anak saya pergi.

“Sudah tiga minggu anak saya tidak pulang ke rumah, suami saya pernah pergi mencari anak gadis saya di rumah keluarga tomboi itu tetapi anak saya tidak ada.

“Menurut tomboi itu, anak saya ke Terengganu mengikut seorang kenalannya tetapi saya yakin anak saya masih bersamanya dan berada di daerah ini,” katanya.

Zainon merayu anak gadisnya itu pulang ke pangkuan keluarga selain meminta bantuan polis untuk membawa anaknya pulang.

PS: Ini semua gejala bawakkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu la jugak. Nak sangat memperjuangkan LGBT. Penyudahnya menyusahkan orang je kerjanya!!!

2 ulasan:

  1. Papa papa mama mama jagalah anak anda. Si penipu anu kakipukau dan pak lebai guna isle auta sedang ghairah mencari mangsa.Amalkan pepatah nii,buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali,2 kali. Sikit sikit lama lama jadi bukit kalau nak buat sesuatu jangan gopoh tamak. Emas tak haram,tunjuk kaya haram kalau boleh cerita bapa saya hutang sana hutang sini gadai sini gadai sana. ka WAN saya takkan lupa ka WAN, hati hati kawan penipu saya.

    BalasPadam
  2. Anon 3.07

    Komen mcm mabuk todi jr
    Hang nak nasihat ka ?
    Atau nak bg pendapat ?
    Atau nak jilat bontot Anwar Bontot ?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping