Rabu, April 16, 2014


Heh!!! Kan dah cakap dah. Puak - puak Parti Angguk Saja ni masih tak puas - puas nak menabur fitnah terhadap orang lain tanpa sebarang fakta sebenar dan bukti yang kukuh.

Masih tak serik - serik lagi gamaknya diorang tengok Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti diorang tu kantoi buat fitnah terhadap orang lain.

Yang Naib Presiden tengah tunggu kes di mahkamah. Kali ini, jejak memfitnah orang ni mula menjadi ikutan dikalangan pemimpin lain dalam parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu.

Tak pasti la pulak dalam kitab mana yang diajar oleh Islam membenarkan umatnya menabur fitnah terhadap mana - mana individu termasuk yang bukan Islam sekali pun.

Mungkin hanya dalam ajaran Parti Angguk Saja tu je yang menghalalkan perbuatan menabur fitnah terhadap orang lain ni sesuka hati dan tak mendapat dosa.

Terkini, seorang Bekas Pesuruhjaya PAS yang juga merupakan seorang ADUN pulak kantoi menaburkan fitnah terhadap seorang ADUN sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri diadakan.

ADUN Meru dalam tuduhannya terhadap Ketua Pembangkang DUN Selangor mendakwa Ketua Pembangkan tu tak amanah dan dah salah guna kemudahan yang diberikan.
"Pelawaan (menjadi pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan) ditolak, tidak mahu jadi Pengerusi PAC tetapi elaun tambahan diambil, elaun kereta diambil dan pembantu diambil," kata Abd Rani ketika membahaskan usul pelantikan Adun Kinrara Ng Sze Han sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT).
Apa yang tak dijelaskan oleh Si ADUN Meru tu ialah, kemudahan yang digunakan oleh Ketua Pembangkang tu adalah atas dasar dia seorang Ketua Pembangkang, bukan Pengerusi PAC.
"Saya bukan pengerusi PAC dan saya terima elaun khas untuk ketua pembangkang. Kereta yang diluluskan oleh Dewan ialah kereta yang disediakan khas untuk ketua pembangkang bukan kereta untuk Pengerusi PAC." jelas Datuk Mohd Shamsudin Lias (ADUN Sg. Burung)
Bayangkan. Kalau dalam sidang DUN pun diorang boleh sanggup menabur fitnah tanpa perlu merujuk kepada mana - mana fakta yang sebenar, inikan pulak kalau diluar dewan.

Kalau dalam dewan tahan lagi. Ada jugak peraturan yang perlu dipatuhi dan diikuti yang membolehkan seseorang ADUN ti dikenakan tindakan. Kalau diluar, suka hati dia je nak cakap apa pun. Kalau kat luar dewan, dah lama dah diorang kena saman!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. sejak azali lagi PAS ni kaki fitnah. sembang jer lebih....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping