Satu usaha yang baik dan perlu diucapkan tahniah kepada Rejim PAS Kelantan diatas usaha mereka untuk melaksanakan Hudud di Negeri tersebut.
Katanya, pihak Rejim tersebut akan mencari masa yang sesuai bagi membentangkan Rang Undang - Undang berkaitan dengan hukum syariah melibatkan Hudud di Parlimen.
Malah, pihak Rejim PAS Kelantan juga turut optimis bahawa perlaksanaan serta pembentangan RUU itu dapat dilaksanakan seawal tahun depan.
Tinggi harapan rakyat seluruh Negara terutama dikalangan umat Islam untuk melihat keberkesanan dalam perlaksanaan hukum tersebut kelak.
Harapan rakyat ialah supaya perlaksanaan tersebut dijalankan secara menyeluruh dan tidak hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam sahaja.
Maknanya, jika orang bukan Islam juga terlibat dalam jenayah yang terkandung dalam Hudud, mereka juga WAJIB dihukum dengan cara yang sama.
Itu cara perlaksanaan sebenar Hukum Hudud. Baru hukum tersebut adil kerana Islam tidak mengira agama. Islam adalah menyeluruh. Terutama dalam bab hukum.
Kiranya, jika orang Bukan Islam mencuri harta orang Islam, maka mereka wajar dihukum dengan cara Hudud. Begitu juga dengan jenayah lain seperti Zina dan sebagainya.
Walaubagaimana pun, masih ada dikalangan pemimpin PAS yang agak skeptikal dan tidak begitu serius melihat perlaksanaan RUU itu menjadi kenyataan. (KLIK SINI)
Namun, satu persoalan timbul dikala mereka mahu membuat pembentangan tersebut. Kenapa mereka hanya mahu bentang RUU itu untuk Kelantan sahaja?
Kenapa tidak dibentangkan untuk pindaan seluruh Negeri yang ada di Semenanjung terutama bagi Negeri - Negeri yang diperintah oleh puak - puak Pakatan tu sendiri?
Nak pulak bagi Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Jika diperhatikan, jumlah kadar jenayah syariah paling tinggi di Malaysia turut melibatkan dua Negeri tersebut.
Maka adalah wajar sekiranya RUU itu dibentang bagi meminda semua Negeri dan tidak hanya untuk Negeri Kelantan sahaja. Sepatutnya seluruh Malaysia buat benda yang sama. Baru la perlaksanaan itu dapat ditegakkan dan dilaksana secara menyeluruh!!!
JANGAN PULAK NANTI ADA DUA JENIS HUKUM HUDUD. SATU UNTUK ISLAM DAN SATU LAGI UNTUK BUKAN ISLAM. KALAU NAK HUDUD BIAR ADIL.
BalasPadamHukum hudud hukumnya tsk sama ore islam dge ore kapir....gi gak smejid getek....ni lah..mesjid tok gi...pah nk kecek hukum..napok nah jahil tak ngaji...budak sekolah arab..pun tahu benda nih....berat cetong...malu kok ram
PadamHo la... Ada pulak beza ye... Kot kalau orang kapir tu curi harta ore Islam, nak hukum cara menda? Cara dia, tak kena kerat tangan ko? Tapi kalau ore Islam curi harta ore kapir, kena kerat tangan la pulok? gitu gayanya?
PadamGi mesjid dengor je ceramoh, pah ceroh la tak pahe... nok gi belaja la abe weh... jange takat dgor ja... cer tanya bab itu dulu, baru ngaji namanye...