Khamis, April 03, 2014


Heh!!! Sapa yang nak layan perangai kebudak - budakkan Tian Chuak tu? Biar ke lantak dia la nak tarik diri atau pun teruskan bertanding. Kalau dilayan, bukan dapat faedah.

Itu pasal la orang kata yang pemilihan PKR ni ibarat macam "Pesta Buih". Bukannya diorang berjuang demi kepentingan parti. Jauh sekali untuk kepentingan rakyat.

Hakikatnya diorang bertanding hanya untuk kepuasan diri sendiri dan demi kepentingan peribadi semata - mata. Tu pasal la dia boleh buat main - main.

Sekejap nak bertanding, sekejap tak nak bertanding. Bertanding pulak sampai dua jawatan sekali gus. Nampak sangat la yang dia ada agenda tersembunyi.

Realitinya, Si Tian Chuak tu hanya nak tarik perhatian. Kemungkinan dia dah dapat tawaran yang lebih baik sekiranya dia tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Cuma tinggal lagi, tak de orang je yang berani nak dedahkan perkara tersebut sebab masing - masing ada kepentingan sendiri. Takut nanti, ada yang anggap dia sebagai pengkhianat.

Nama je pemilihan PKR ni nak membuktikan wujudnya Demokrasi dalam Politik. Tapi sebenarnya, hanya setakat "Demo Kasi". Bila "Demo Kasi", kawe ambik je la. Tak gitu boh???
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada saingan merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR, Mei ini.

Khalid berkata, keputusan untuk bertanding dan menarik diri adalah hak setiap individu dan bersesuaian dengan PKR yang mengamalkan demokrasi.

"Itu terpulang kepada setiap individu.. Itulah keistimewaan demokrasi terutama PKR, mereka memberi peluang kepada semua orang yang berminat untuk memperkenalkan dan memaparkan diri untuk bertanding dalam pemilihan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Tian Chua yang juga penyandang Naib Presiden PKR, menyatakan hasrat berkemungkinan menarik diri dalam persaingan enam penjuru bagi merebut jawatan kedua tertinggim parti itu.


Penarikan dirinya kata Tian Chua bakal mengurangkan persaingan di antara calon-calon yang bertanding dalam jawatan tersebut.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. DEMO KASI....KAWE AMBIK....

    HA...HA...HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA..HA............

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping