Ahad, April 27, 2014


Heh! Kalau Si Ketua Penipu tu baca berita kat bawah ni, jangan pulak dia anggap ianya sebagai satu tindakan balas dendam dari Si Hadi Awang tu.

Mana la tau ye tak. Kot - kot Si Ketua Penipu tu anggap Si Hadi Awang nak balas dendam sebab kena saman RM 2juta oleh bekas calon PKR tempoh hari pulak.

Lagi pun dengan Si Ketua Penipu tu bukannya boleh percaya sangat. Dalam masa sekarang ni, habis semua orang dia nak buat musuh belaka. Biarpun dengan isteri dia sendiri, pun dia boleh anggap sebagai musuh!!! Inikan pulak dengan orang lain!!!
KOTA BAHARU - PAS akan dan bersedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata muzakarah tersebut penting supaya setiap orang dapat memahami dengan tepat bagaimana undang-undang Islam itu akan diaplikasikan di negeri itu.

"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak," katanya apabila diminta mengulas kenyataan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam bahawa muzakarah antara PAS dan Umno perlu diadakan berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.

Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ditanya bila tarikh muzakarah itu akan diadakan, Abdul Hadi berkata: "Itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan".


Mengenai laporan bahawa sekutu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak pelaksanaan hukum hudud, Abdul Hadi berkata: "Ia adalah hak PAS dan perlu dihormati kerana agenda ini (hudud) telah diadakan sebelum wujudnya PKR lagi."
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sy adalah penyokong kuat DAP.saya sokong hudud.Hadi boleh teruskan ini undang2.saya suka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping